Polis memburu seorang lelaki warga Nigeria, Ebiziem Afeanyi Stephen, 31 tahun, bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak lelaki dipercayai didera pada 22 Jun lalu.
Mangsa, Mohd Adam Osi, 5 tahun, ditinggalkan dalam keadaan kritikal di sebuah hospital swasta di Cheras pada 20 Jun lalu sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, lelaki terbabit merupakan kekasih kepada ibu mangsa.
"Kita telah menahan ibu mangsa yang berusia 28 tahun di sekitar Bayan Baru, Pulau Pinang pada 23 Jun lalu.
"Bagaimanapun lelaki berkenaan berjaya melarikan diri dan kami percaya lelaki berkenaan dapat membantu siasatan kes ini," katanya.
Tambahnya, ujian air kencing terhadap ibu mangsa mendapati wanita itu positif dadah jenis syabu.
Mengulas lanjut, Ruslan berkata laporan bedah siasat pihak hospital mengesahkan mangsa mati disebabkan hentakan objek tumpul di bahagian kepala.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di talian 03-90516222.
Hakim Rahman
Thu Jun 29 2017
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, lelaki terbabit merupakan kekasih kepada ibu mangsa. - Foto IPD Brickfields
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
Buru hidupan liar untuk juadah raya
Daging hidupan liar diburu kerana mendapat permintaan tinggi dalam kalangan peminatnya.
Polis buru dua lelaki samun kedai emas
Semasa kejadian kesemua pekerja selamat dan mereka berlindung di sebalik stor di dalam kedai emas berkenaan.
Polis buru wallaby terlepas dari zoo
Kali terakhir wallaby yang diberi nama Eddie itu dilihat, adalah di luar sebuah pub di bandar berkenaan.
Video promosi judi: Polis buru sindiket utama
Siasatan awal mendapati dua video mempromosi perjudian secara dalam talian yang tular di media sosial itu adalah daripada produksi yang sama.
Polis buru banduan lari dari Penjara Pengkalan Chepa
Polis sedang giat memburu seorang banduan lelaki yang melarikan diri dengan memanjat pagar di kawasan menara di Penjara Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.
Tahanan 'cuci duit' lari curi tumpuan
Rata-rata netizen menyifatkan kejadian itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan lelaki yang didakwa suspek utama itu melarikan diri ketika masih berada dalam kawasan SPRM yang berpagar.
11 individu ingkar PKPP diminta lunaskan bayaran kompaun
Menurut Ketua Polis Daerah Padang Terap DSP Mulkiaman Manzar, keseluruhannya sebanyak 24 kes dikompaun RM1,000 kerana melanggar syarat PKP.
Eksklusif: Hidupan liar ditemui dalam 'freezer', pemburu haram terus ceroboh khazanah negara!
Ketika negara sedang berperang dengan pandemik COVID-19, bagaimana pula nasib khazanah negara?
COVID-19: Tempoh tawaran PATI tampil sukarela berakhir, kerajaan kembali 'buru'
Bagaimanapun, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri tempoh tawaran tersebut telah pun berakhir.
Polis Thailand buru 10 suspek siri letupan di Bangkok
Ketika ini tiada sebarang bukti yang menunjukkan mana-mana kumpulan tertentu atau ahli politik yang terlibat dengan kejadian itu.