Polis bakal menggunakan 30 motosikal elektrik awal Oktober depan di sekitar ibu kota untuk mengurangkan kos penggunaan bahan api.
Pengarah Jabatan Logistik Polis Bukit Aman Datuk Zulkifli Abdullah berkata selain motosikal elektrik, polis juga bercadang untuk menggunakan kereta peronda hibrid di seluruh negara.
"Penggunaan enjin hibrid itu dijangka dapat menjimatkan 35 peratus daripada kos penggunaan bahan api, selain dapat memelihara alam sekitar dan mengurangkan kadar pelepasan karbon sehingga 30 peratus daripada penggunaan biasa," katanya.
Bagaimanapun penggunaan kedua-dua kenderaan itu masih dalam peringkat kajian.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program 'My Hijau Youth Camp' anjuran bersama Polis Diraja Malaysia, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dan Malaysian Green Technology Corporation, di sini hari ini.
Program selama tiga hari itu dihadiri 75 pelajar sekolah menengah dalam kalangan anggota keluarga polis serta kadet-kadet polis, bertujuan mendidik kepentingan dan kesedaran memulihara alam sekitar.
Bernama
Fri Nov 07 2014
Penggunaan enjin hibrid itu dijangka dapat menjimatkan 35 peratus daripada kos penggunaan bahan api, selain dapat memelihara alam sekitar.
AWANI Ringkas: PM ajak rakyat tumpu kemajuan, kepentingan negara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Saya guna AI ugut, sengaja nak mainkan Harith Iskander'
Seorang tukang rumah yang menggunakan teknologi AI untuk mengugut dan mempermainkan perasaan Harith Iskander serta keluarga, dihukum penjara lima bulan termasuk denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret.
PM Anwar luah kesedihan atas tragedi nahas udara di Washington DC
Dalam hantaran di Facebook, beliau berkata kehilangan atlet luncur ais muda dan berbakat yang memiliki masa depan cerah, amat memilukan.
Industri getah tidak patut dilihat sebagai industri malap - CEO P2 Biotech
Inovasi P2 Tap yang dibangunkan syarikat P2 Biotech yang selaras dengan iltizam kerajaan untuk mengadaptasi teknologi moden seperti kecerdasan buatan (AI), automasi dan pertanian pintar.
Perintah gaji minimum baharu berkuat kuasa hari ini, bakal manfaat 4.37 juta pekerja - KESUMA
Perintah itu menetapkan kadar gaji minimum RM1,700 sebulan kepada majikan yang menggajikan lima orang pekerja atau lebih.
AWANI Ringkas: Mangsa di PPS meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sijil khas dicipta bagi mengesahkan buku ditulis manusia bukannya AI
Hanya buku yang ditulis manusia akan dibenarkan menerima pengesahan ini, dengan penggunaan AI hanya dibenarkan untuk melakukan pembetulan ejaan dan tatabahasa sahaja.
Jom kita kurang mengular dalam Tahun Ular - Lee Chong Wei
Chong Wei antara yang bersuara agar BWF memperhalusi standard prosedur operasi (SOP) mengenai proses rawatan pemain di atas gelanggang.
Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dilempar telur
Ia tanda protes terhadap kes tembakan membabitkan lima warga Indonesia di perairan Tanjung Rhu, Banting, pada 24 Jan lalu.
Anda akhirnya boleh menterbalikkan imej pada Google Photos
Ciri ini terhad kepada aplikasi Google Photos pada peranti Android sahaja. Peranti iOS, iPadOS dan versi web masih belum boleh menggunakannya.
Polis cadang guna kenderaan hibrid tahun depan
Polis juga bercadang untuk menggunakan kereta peronda hibrid di seluruh negara.
Kereta hibrid: Kerajaan perlu bantu Proton dan Perodua tingkatkan teknologi
Syed Zainal berpendapat kerajaan perlu membantu syarikat tempatan seperti Proton dan juga Perodua untuk membangunkan teknologi hidbrid.