BALIK PULAU: Polis sedang mengesan dua lelaki selepas video memaparkan mereka telah menyerang seekor anjing yang terjatuh di dalam longkang tular sejak Ahad.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, satu klip video beserta artikel bertajuk 'Tidak cukup dilanggar motosikal, anjing tidak berdosa diseksa dua lelaki durjana sampai mati' terkesan telah tular di media sosial pada jam 6 petang, Ahad.
Menurutnya, menerusi video berkenaan, terdapat dua lelaki sedang menyerang sesuatu menggunakan kayu di kawasan semak.
"Kejadian itu disaksikan seorang saksi dan dia sempat merakam perbuatan kedua-dua suspek menggunakan telefon bimbit.
"Menurut saksi, dia melihat dua lelaki tempatan yang tidak dikenali disyaki tinggal berdekatan tempat kejadian sedang menyerang seekor anjing yang terjatuh dalam longkang di tepi jalan.
"Selepas merakam, dia terus menghantar rakaman kejadian itu kepada rakannya yang tinggal di Petaling Jaya, Selangor sebelum ia dimuat naik dan ditularkan melalui akaun Twitter bernama 'Syhmiee'," katanya melalui satu kenyataan pada Ahad.
Kamarul Rizal berkata, susulan daripada itu, satu laporan dibuat oleh seorang anggota polis untuk siasatan dan tindakan lanjut selepas menyaksikan klip video berkenaan.
"Siasatan awal mendapati, kejadian tersebut berlaku pada jam 8.38 malam, 8 Julai lalu di Kampung Telok Tempoyak di Batu Maung, Bayan Lepas.
"Polis kini sedang berusaha untuk mengesan kedua-dua suspek yang terlibat untuk siasatan lanjut.
"Pihak polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung kejadian tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 29(1) Akta Kebajikan Haiwan 2015 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," katanya.
Tambah beliau, kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia yang memperuntukkan denda RM50,000 didenda atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
"Pihak polis akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang mendera atau memukul binatang tanpa alasan yang munasabah.
"Kita juga mengingatkan orang ramai supaya tidak lagi menularkan video berkenaan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jul 10 2023

Tangkap layar klip video yang dimuat naik di Twitter yang memaparkan dua lelaki menyerang seekor anjing sehingga mati. - Foto Sinar Harian

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Polis cari dua lelaki serang anjing hingga mati
Menurut polis, menerusi satu video yang tular, dua lelaki dilihat sedang menyerang sesuatu menggunakan kayu di kawasan semak.