GOMBAK: Aksi samseng pemandu sebuah kereta yang bertindak memberhentikan kenderaannya secara mengejut di tengah jalan di Kilometer 13, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) baru-baru ini mengundang padah apabila individu terbabit kini diburu polis.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, siasatan dijalankan berdasarkan insiden berkenaan yang dikesan tular menerusi satu aplikasi media sosial pada Sabtu.
"Siasatan mendapati kenderaan jenis Proton Iriz berwarna biru itu dipandu dari arah Batu Caves menghala ke Ampang sebelum pemandunya bertindak memperlahankan kenderaan serta berhenti selama beberapa saat sebelum kembali bergerak meneruskan perjalanan.
"Tindakan pemandu terbabit membuat halangan boleh menyebabkan kemalangan kepada pengguna jalan raya yang lain," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Menurutnya, pemandu kenderaan terlibat serta pemilik kamera papan pemuka yang merakam kejadian berkenaan diminta tampil bagi membantu siasatan.
"Polis meminta agar individu terlibat segera tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk siasatan lanjut berhubung kejadian.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Pada Sabtu, tular video memaparkan sebuah kereta yang dipandu secara melulu sebelum kenderaan tersebut dilihat berhenti di tengah jalan.
Kejadian berkenaan yang dirakam menerusi kamera papan pemuka sebuah kenderaan itu kemudiannya didapati tular di media sosial.
Video berdurasi 27 saat itu turut mengundang kecaman orang ramai yang rata-ratanya meminta agar pihak berkuasa segera mengambil tindakan berhubung kejadian terbabit.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Jan 06 2024
Siasatan mendapati pemandu kenderaan itu bertindak memperlahankan kenderaan serta berhenti selama beberapa saat sebelum kembali bergerak meneruskan perjalanan. - Foto ihsan pembaca
Tumpuan Sabtu – 1 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Bank perluas bantuan kepada pelanggan terjejas banjir di Sabah dan Sarawak
Terdapat bank-bank yang menangguhkan ansuran bulanan untuk pinjaman dan pembiayaan sehingga enam bulan untuk kemudahan seperti kad kredit.
Kanak-kanak lapan tahun ditemukan lemas
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas di Pantai Kampung Kandis berdekatan Villa Danialla Beach Resort, Bachok, 7.30 malam tadi.
Malaysia diiktiraf lima negara utama aktif wakaf al-Quran peringkat global
Malaysia kini diiktiraf sebagai antara lima negara utama yang aktif dalam wakaf al-Quran peringkat global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Mangsa banjir di Sarawak dan Sabah terus meningkat
Situasi banjir di Sarawak dan Sabah masih membimbangkan dengan bilangan mangsa di pusat pemindahan sementara (PPS) dilaporkan terus meningkat, setakat 8 malam ini.
CMCF anjur rundingan awam garis panduan kandungan berkaitan bunuh diri
CMCF mengumumkan pelaksanaan perundingan awam di seluruh negara mengenai Garis Panduan Pelaporan dan Perkongsian Kandungan Berkaitan Bunuh Diri.
Kertas siasatan kes guru pukul murid telah lengkap
Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid sebuah sekolah rendah di Bagan Serai mengalami kecederaan akibat dipukul guru seperti yang tular di media sosial.
Filem MONEY GAME$ catat rekod, kutip RM2.76 juta
Kejayaan ini mengatasi kutipan filem-filem lain dalam musim perayaan yang sama, menjadikan MONEY GAME$ sebagai filem paling popular.
10 Berita Pilihan - (31 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sembilan notis dikeluarkan MBSA kepada taman tema terkenal
Jabatan Korporat dan Perhubungan Awam MBSA dalam kenyataan memaklumkan ini termasuk tiga notis amaran pada 14 Nov 2024 dan satu notis amaran pada 19 Jan lepas.
Polis cari pemandu Iriz biru berhenti mengejut tengah MRR2
Aksi samseng pemandu sebuah kereta yang bertindak memberhentikan kenderaannya secara mengejut di tengah jalan di MRR2 mengundang padah.