JOHOR BAHRU: Polis sedang mengesan pemandu sebuah kereta berwarna coklat yang memandu secara melawan arus di Lebuh Raya Senai-Desaru dipercayai berlaku pada Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, kejadian kira-kira jam 11.45 malam itu berjaya dirakam oleh sebuah kenderaan lain dan ia tular di media sosial.
"Bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam berjaya mengesan pemilik dan pemandu kenderaan terbabit.
"Polis mengarahkan pemandu kenderaan terbabit supaya tampil memberikan keterangan dan siasatan dijalankan di bawah 42( 1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Sebelum itu, video berdurasi 41 saat itu memaparkan sebuah kereta dipandu melawan arus di Lebuh Raya Senai-Desaru, tular di media sosial.
Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 31 2021

Tangkap layar akaun Facebook seorang pengguna menunjukkan sebuah Perodua Bezza yang dipandu melawan arus di Lebuh Raya Senai-Desaru. - Foto Sinar Harian

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 22 Februari 2025.

Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Ahmad Zahid menzahirkan ucapan takziah serta mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Bergolak lagi, Trump kini salahkan Rusia ceroboh Ukraine
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sekali lagi mengeluarkan kenyataan berdolak dalik dan berpaling tadah apabila menyalahkan Rusia menyerang Ukraine dalam peperangan antara kedua negara. Kenyataan itu dinyatakan oleh Trump tidak lama selepas beliau menyelar Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy sebagai 'diktator' .
Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas Pulau Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima oleh Jepun.

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Lelaki pandu lawan arus sebabkan kemalangan ditahan
Pemandu Mitsubishi Lancer berusia 28 tahun itu ditahan pada 4 petang semalam dan hasil ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah.

Makan enam ubat punca lelaki mengantuk, pandu lawan arus
Seorang lelaki ditahan selepas memandu dalam keadaan berbahaya secara melawan arus di Jalan Ayer Hitam-Kluang di sini baru-baru ini.

Warga emas ditahan memandu lawan arus
Polis menahan seorang lelaki warga emas berusia 74 tahun di Taman Nusa Bayu, Gelang Patah, di sini pada Isnin susulan tindakannya memandu melawan arus di 13.1J Lebuhraya Linkedua di sini, pada Ahad.

Dua lelaki lari daripada pemeriksaan polis ditahan
Polis menahan dua lelaki yang melarikan diri daripada pemeriksaan polis dengan kenderaan yang dipandu melawan arus di Lebuhraya Kajang SILK, semalam.

Polis tahan lelaki warga emas pandu van sekolah secara bahaya, melawan arus
Polis menahan seorang lelaki warga emas semalam yang didapati memandu sebuah van sekolah secara berbahaya dan melawan arus.

Pandu lawan arus, pasangan kekasih positif dadah
Pasangan kekasih berjaya ditahan polis selepas memecut dan memandu secara melawan arus sebelum kenderaan itu terbabas ke dalam parit di Jalan Padang Matsirat, pada petang Sabtu.

Polis cari pemandu kereta lawan arus
Kejadian kira-kira jam 11.45 malam itu dirakam sebuah kenderaan lain dan ia tular di media sosial.

Model sambilan pandu lawan arus hingga sebabkan kematian dihukum penjara lima tahun
Mahkamah tolak rayuan wanita terbabit berikutan pihak pendakwaan dapat membuktikan setiap intipati pertuduhan ke atas tertuduh.

Polis kenal pasti identiti pemandu lawan arus di Sekinchan
Pemandu berusia 26 tahun yang beralamat di Tali Air 7 Sungai Leman itu amat dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Pandu lawan arus: Pegawai pemasaran didakwa sebabkan kematian di Lebuhraya Persekutuan
Tiada pengakuan direkod daripada tertuduh selepas dua pertuduhan dibaca secara berasingan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.