BAGAN SERAI: Polis sedang mengesan saksi kemalangan melibatkan seorang penunggang motosikal yang maut di Kilometer 184.7, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran Alor Pongsu di sini pagi ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, mangsa, Muhammad Syafiq Abu Bakar, 28 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mazuki Mat berkata, kemalangan dipercayai berlaku ketika mangsa sedang dalam perjalanan pulang dari Cameron Highlands ke rumahnya di Bandar Baharu, Kedah.
Menurutnya, apabila tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Honda EX5 ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan menyebabkannya dia terjatuh ke atas jalan.
"Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.
"Berdasarkan siasatan awal, nahas dipercayai berlaku selepas motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan dan terjatuh sendiri,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut Mazuki, pihaknya memohon saksi yang melihat dan mempunyai maklumat kejadian itu supaya tampil membantu siasatan polis.
"Orang ramai juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd. Khairul Hanafi Hanapi di talian 013-6200564 untuk tindakan lanjut," ujarnya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Sep 10 2022

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat. Keadaan motosikal ditunggangi mangsa dalam nahas berhampiran Alor Pongsu pagi ini. - Foto Sinar Harian
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

EPL: Arsenal kian menjauh daripada kejuaraan
Aksi tidak kemas Arsenal dalam perlawanan kali ini dihukum Jarrod Bowen yang menanduk masuk lintangan Aaron Wan-Bissaka sebelum separuh masa.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

Bapa Zayn Rayyan kata 'celaka siapa bunuh anak aku’ - Saksi
Saksi berkata dia mula mencari Zayn Rayyan Abdul Matin, 6, selepas solat hajat di surau Al-hidayah berdekatan lokasi kejadian, pada 6 Disember 2023.

Saksi nafi pendakwaan kes pegawai polis didakwa bunuh pelajar disegera sebab viral
Saksi menafikan pendakwaan kes itu disegerakan kerana kejadian itu tular di media sosial sehingga mendapat perhatian awam.

Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.

Saksi nafi tampar, duduk atas perut pegawai kadet TLDM
Seorang pegawai TLDM menafikan bahawa beliau duduk di atas perut mendiang J. Soosaimanicckam dan menamparnya berkali-kali.

'Ebit Lew perdaya saya secara halus untuk ikut kemahuannya' - Saksi
Pengadu berkata dia berasakan Lew merosakkan dirinya dengan memperdayakannya secara halus sehingga terikut-ikut dengan kemahuan tertuduh.

Saksi tidak pasti jika ada hantar gambar lucah kepada Ebit Lew
Wanita 40-an yang juga pengadu kes itu berkata, gambar tersebut mungkin ditangkap layar oleh Lew semasa panggilan video dibuat.

Perintah bela diri Bung Moktar, isteri bercanggah dengan keterangan di mahkamah
Dua saksi penting pendakwaan telah dengan jelas menyatakan bahawa tiada unsur suapan wujud dalam kes itu.

Tidak penting untuk tanya jika Najib arah AS$700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low - Saksi
Saksi itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin berhubung transaksi yang dilakukan pada September 2009.

1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.

Kemalangan maut: Polis mohon saksi di Bandar Baharu tampil bantu siasatan
Kejadian melibatkan kereta jenis Honda Civic berwarna hitam dengan sebuah lagi kenderaan dipercayai lori.