NILAI: Polis sedang mengesan suspek yang menghantar komen di media sosial berbaur ugutan bunuh terhadap ibu bapa kepada penyanyi dan pelakon, Naim Daniel.
Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Abdul Malik Hasim berkata, artis tersebut membuat laporan di balai di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kajang pada 14 Mei lalu.
"Ia mengenai satu hantaran di aplikasi Instagram yang dibuat seorang pemilik akaun yang menulis 'ini kalau jumpa mak pak hang (kau), aku sembelih hidup-hidup'.
"Kes ini kini disiasat di bawah IPD Nilai kerana ia dipercayai berlaku di kediaman pelakon itu di Lenggeng," katanya dihubungi hari ini.
Menurutnya, pihaknya meminta bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk mengesan pemilik akaun Instagram berkenaan.
Tambahnya, Naim Daniel juga telah pun dipanggil untuk memberi keterangan berhubung perkara itu.
"Saya rasa akan ada perkembangan positif dalam masa terdekat.
"Pengguna media sosial perlu lebih bertanggungjawab terhadap komen dibuat dan jangan terlalu mengikut emosi kerana ia akan memakan diri," katanya.
Beliau berkata, buat masa ini kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sebelum ini media melaporkan Naim Daniel membuat laporan polis terhadap pengguna akaun media sosial yang menulis komen berbaur ugutan bunuh terhadap ibu bapanya di Balai Polis Semenyih.
Menurutnya, komen yang dilemparkan terhadapnya sudah tersasar daripada konteks asal ciapan di X mengenai isu Blockout 2024 yang disuarakan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 17 2024

Naim Daniel sebelum ini mendedahkan ibu bapanya menerima ugutan bunuh daripada seorang pengguna media sosial gara-gara disangka tidak memberi sokongan kepada rakyat Palestin. - Foto Gempak

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.

Tiada cadangan tarik balik laporan polis - Naim Daniel
PENYANYI Naim Daniel menyerahkan segala urusan kepada pihak polis selepas individu yang mengugut bunuh ibu bapanya ditahan baru-baru ini.

Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.

Polis cari suspek ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel
Artis tersebut membuat laporan di balai di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Daerah Kajang pada 14 Mei lalu.

Belum mula bersiaran, Naim Daniel dah tarik diri daripada The Hardest Singing Show?
Belum masuk minggu pertama The Hardest Singing Show (THSS), program itu sudah dihangatkan dengan penarikan diri salah seorang pesertanya, Naim Daniel.

KPH 2.0 dingin, penonton lebih selektif untuk berhibur
Lambakan konsert artis antarabangsa dan faktor ekonomi semasa menjadi sebab kehadiran penonton ke konsert berkenaan berkurang.

Naim Daniel cedera dahi, pecah kuku jari main mercun bola
Alahai 'Ayam' mujur tak serius...

Persembahan terbalik Naim Daniel diiktiraf Malaysia Book of Records
Naim yang juga pelakon drama bersiri, Projek: High Council berkata, pengiktirafan itu merupakan satu pembukaan yang baik buat dirinya sebelum melangkah ke bulan Ramadan tahun ini.

Kemelut Mas Idayu - Sissy Iman - Naim Daniel berakhir...
Sikap penyanyi dan juri Mas Idayu yang profesional dipuji ramai.

'Dahlah, kami nak berhenti nyanyi' - Naim Daniel berseloroh buka restoran dengan Sissy Iman
Selepas melalui fasa sedih selama beberapa hari, akhirnya Sissy dilihat sudah mampu bergelak tawa bersama pasangan duetnya iaitu penyanyi Naim Daniel.

"Maaf sebab saya tak sekuat awak..." - Sissy Iman belum pulih, minta beri ruang
Sissy Iman minta maaf kepada Naim Daniel.