Seorang lelaki beristeri dua yang dipercayai menghadapi krisis rumah tangga cuba terjun dari Aras 3 Menara Dewan Suarah Kuching di sini pada Isnin, namun percubaannya itu digagalkan sepasukan anggota polis serta Bomba dan Penyelamat.
Pada mulanya lelaki berusia 32 tahun berasal dari Kampung Siol Kandis, dekat sini cuba dihalang oleh pengawal keselamatan daripada meneruskan niat, namun dia bertindak mengacu pisau terhadap pengawal keselamatan itu.
Ketua Polis Kuching ACP Roslan Bek Ahmad berkata pihaknya menerima panggilan pada 3.30 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian sambil dibantu sepasukan anggota bomba dan penyelamat.
"Lelaki itu dipujuk supaya membatalkan niatnya tetapi tidak memberi sebarang respons. Selepas hampir sejam dipujuk anggota bomba mengambil peluang ketika dia terleka dengan memegang kolar baju manakala anggota lain merampas pisau sebelum berjaya menarik lelaki itu masuk semula ke dalam kawasan berpagar Aras 3 menara," katanya ketika dihubungi Bernama.
Menurutnya siasatan awal mendapati lelaki itu, pekerja swasta dalam bidang IT yang mempunyai dua isteri serta dua anak, mengalami krisis rumahtangga dan sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah.
"Keluarga kedua-dua isteri sudah dihubungi. Laporan polis juga telah dibuat untuk tindakan undang-undang," kata Roslan.
Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Penyelamat negeri Tan Min Chai berkata sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang tiba di tempat kejadian dengan sebuah jentera selepas mendapat laporan tentang kejadian itu.
"Kecekapan pasukan bomba dan penyelamat dengan kerjasama polis menggagalkan niat lelaki itu untuk terjun bangunan," katanya.
Bernama
Tue Dec 17 2013

AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa

Bekas Naib Presiden Ecuador, Jorge Glas cuba bunuh diri dengan mogok lapar
Jorge Glas lancar mogok lapar di sebuah penjara di Guayaquil sebagai tanda membantah penahanannya.

Jerut leher guna tali nilon, lelaki OKU dihukum dipenjara
Seorang lelaki kurang upaya (OKU) dijatuhi hukuman penjara enam bulan atas pertuduhan cuba membunuh diri dengan menjerut leher menggunakan tali nilon.

Anggota bomba berjaya pujuk wanita Vietnam cuba terjun jejantas
Wanita terbabit yang dipercayai berusia sekitar 30 tahun cuba untuk terjun dari jejantas tersebut.

Hari Kesihatan Mental Sedunia: Sayangi nyawa hidupkan harapan
WHO melaporkan bahawa bunuh diri adalah di antara 10 penyebab utama kematian di dunia, dan penyebab kedua kematian bagi mereka yang berumur 15 hingga 29 tahun.

Gempar! Lelaki bakar diri sendiri dekat White House
Api marak menyala dan menutupi tubuh lelaki itu.

Mayat lelaki terjun dari Jambatan Kedua Pulau Pinang ditemui
Mayat mangsa yang dikenali sebagai Sukri Saad, 38, ditemui sekitar jam 9.02 pagi, kira-kira satu batu nautika dari kawasan mangsa dikatakan terjun.

Lelaki dipercayai terjun dari Jambatan Kedua Pulau Pinang
Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjun dari Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, berhampiran Batu Maung pada pagi selasa.

Polis dan Bomba gagalkan cubaan bunuh diri lelaki beristeri dua
Siasatan awal mendapati lelaki yang mempunyai dua isteri serta dua anak itu, mengalami krisis rumahtangga dan sudah tiga bulan tidak pulang ke rumah.