Susulan inkuiri awam sejak Oktober 2017 lalu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) berkata antara rumusan yang dibuat panel inkuiri terbabit adalah bahawa polis Cawangan Khas (SB) bertanggungjawab di atas kehilangan paderi Raymond Koh Keng Joo dan aktivis Amri Che Mat.
Pesuruhjaya SUHAKAM, Datuk Mah Weng Kwai bersama anggota panel, Prof. Datuk Aishah Bidin dan Nik Salida Suhaila membentangkan hasil inkuiri awam itu hari ini.
Panel SUHAKAM menegaskan bahawa kehilangan kedua-dua individu tersebut bukan kes kehilangan secara sukarela, tetapi secara paksaan yang melibatkan campur tangan ajen-ajen kerajaan, khususnya daripada Cawangan Khas, Bukit Aman.
Kesimpulan itu berdasarkan bukti daripada isteri Amri, Norhayati Mohd Ariffin yang mendakwa seorang pegawai Cawangan Khas dari Perlis, Sarjan Shamzaini Mohd Daud, memberitahunya bahawa Cawangan Khas, Bukit Aman telah melakukan kehilangan secara paksa ke atas kedua-dua individu terbabit.
Seramai 16 individu memberi keterangan dalam inkuiri tersebut, termasuk bekas Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar.
Amri merupakan seorang aktivis sosial dan pengasas persatuan kebajikan Perlis Hope manakala Raymond pula pengasas persatuan Harapan Komuniti.
Kali terakhir paderi Raymond dilihat, beliau dipercayai diculik pada pagi 13 Februari 2017 di Petaling Jaya ketika dalam perjalanan untuk bertemu rakannya.
Beberapa bulan sebelum itu, Amri pula kali terakhir dilihat oleh isterinya, Norhayati pada 24 November 2016, sebelum keretanya ditemui dengan tingkap dipecah di satu tapak pembinaan terbengkalai.
Nailah Huda
Wed Apr 03 2019
![Polis di belakang kehilangan paderi Raymond, Amri - SUHAKAM Polis di belakang kehilangan paderi Raymond, Amri - SUHAKAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51554288829_AmriRaymond.jpg)
Pada kali terakhir paderi Raymond dilihat, beliau diculik pada pagi 13 Februari 2017 di Petaling Jaya ketika dalam perjalanan untuk bertemu rakannya - Foto PDRM.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Kehilangan aktivis Amri Che Mat: Kerajaan nafi sensitif, enggan dedah hasil siasatan Kehilangan aktivis Amri Che Mat: Kerajaan nafi sensitif, enggan dedah hasil siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686374190_amri.jpg)
Kehilangan aktivis Amri Che Mat: Kerajaan nafi sensitif, enggan dedah hasil siasatan
KDN menafikan kerajaan terlalu sensitif untuk mendedahkan laporan berhubung kehilangan aktivis sosial, Amri Che Mat secara terhad kepada isterinya Norhayati Mohd Ariffin.
![Kehilangan Amri Che Mat: Mahkamah benar kerajaan gantung perintah keluar laporan pasukan petugas khas Kehilangan Amri Che Mat: Mahkamah benar kerajaan gantung perintah keluar laporan pasukan petugas khas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41675060525_TBGAVEL.jpg)
Kehilangan Amri Che Mat: Mahkamah benar kerajaan gantung perintah keluar laporan pasukan petugas khas
Norhayati turut mengemukakan saman terhadap kerajaan Malaysia, polis dan 19 individu lain berhubung kehilangan suaminya.
![10 berita pilihan sepanjang hari ini 10 berita pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/41568987585_BeritaPilihan.jpg)
10 berita pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling meraih perhatian sepanjang hari ini, Selasa, 19 November 2019.
![Anak-anak masih bertanya 'Ayah di mana?' - Isteri Amri Che Mat Anak-anak masih bertanya 'Ayah di mana?' - Isteri Amri Che Mat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/51574163782_AmriCheMatNorhay.jpg)
Anak-anak masih bertanya 'Ayah di mana?' - Isteri Amri Che Mat
Isteri Amri Che Mat, Norhayati Mohd Arifin berkata anak-anak mereka masih lagi tertanya-tanya di keberadaan ayah mereka.
![KDN lantik ahli baharu sertai pasukan khas kehilangan dua aktivis sosial KDN lantik ahli baharu sertai pasukan khas kehilangan dua aktivis sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/41562745441_MuhyiddinYassin.jpg)
KDN lantik ahli baharu sertai pasukan khas kehilangan dua aktivis sosial
Kementerian Dalam Negeri KDN telah melantik dua ahli baharu bagi Pasukan Petugas Khas berhubung kehilangan dua aktivis sosial, Pastor Raymond Koh dan Amri Che Mat.
![Ahli pasukan petugas khas kes Amri dan Koh akan ditambah Ahli pasukan petugas khas kes Amri dan Koh akan ditambah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/61554963733_MuhyiddinYassin.jpg)
Ahli pasukan petugas khas kes Amri dan Koh akan ditambah
Muhyiddin berkata pihaknya berpendapat anggota pasukan petugas khas itu perlu ditambah seorang lagi.
![Anggota PPK siasat kehilangan Koh dan Amri, tarik diri Anggota PPK siasat kehilangan Koh dan Amri, tarik diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/81562068069_MoktarMohdNoor.jpg)
Anggota PPK siasat kehilangan Koh dan Amri, tarik diri
Keputusan terbabit dibuat atas rasa tanggungjawab beliau untuk memelihara integriti dan ketelusan PPK ekoran tindakan pihak tertentu yang mempersoalkan keanggotaan beliau dalam pasukan berkenaan.
![Kes Koh, Amri: Pelantikan Mokhtar tidak jejas siasatan - Muhyiddin Kes Koh, Amri: Pelantikan Mokhtar tidak jejas siasatan - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/81561824104_MuhyiddinYassin.jpg)
Kes Koh, Amri: Pelantikan Mokhtar tidak jejas siasatan - Muhyiddin
Mokhtar hanya hadir dalam satu sesi semasa inkuiri menyiasat kehilangan kedua-dua individu berkenaan yang dijalankan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), dan tidak terlibat secara langsung.
![Isteri Pastor Koh dakwa komposisi Pasukan Petugas Khas tidak adil Isteri Pastor Koh dakwa komposisi Pasukan Petugas Khas tidak adil](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51554288829_AmriRaymond.jpg)
Isteri Pastor Koh dakwa komposisi Pasukan Petugas Khas tidak adil
Isteri kepada Pastor Raymond Koh, Susanna Liew hari ini mendakwa barisan ahli Pasukan Petugas Khas yang ditubuhkan, tidak adil, memandangkan tiada representasi dari Majlis Peguam, SPRM dan NGO.
![Salah seorang ahli pasukan petugas khas berkepentingan - Isteri Amri Che Mat Salah seorang ahli pasukan petugas khas berkepentingan - Isteri Amri Che Mat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51554288829_AmriRaymond.jpg)
Salah seorang ahli pasukan petugas khas berkepentingan - Isteri Amri Che Mat
Datuk Mokhtar dahulu ketuai jabatan yang telah dikaitkan dengan salah guna kuasa, dalam siasatan berhubung kehilangan Amri pada 2016, kata Norhayati.