Polis menggagalkan tindakan seorang lelaki yang menyamar sebagai Menteri Besar Selangor dengan tujuan mendapatkan geran tanah milik kerajaan negeri.
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata pihaknya menahan lelaki berusia 26 tahun itu yang tidak mempunyai pekerjaan tetap pada 9 Julai lepas susulan laporan dibuat Pegawai Daerah Sepang selepas menerima panggilan daripada suspek.
Dalam kenyataan hari ini, Abdul Aziz berkata pengadu menerima panggilan daripada suspek pada 16 Jun lepas daripada nombor telefon yang direkodkan dalam telefon bimbitnya sebagai Menteri Besar Selangor dan pemanggil turut memperkenalkan dirinya sebagai Menteri Besar Selangor.
Menurutnya lagi, pemanggil tersebut telah membangkitkan kes pemberimilikan tanah kerajaan kepada sebuah syarikat dan mendakwa beliau telah dititahkan untuk menyelesaikan isu tersebut dengan kadar segera dan mengeluarkan geran tanah tersebut supaya pemajuan kawasan tersebut dapat dilaksanakan.
Suspek kemudiannya memberikan satu nombor telefon lain kepada pengadu untuk memudahkan mereka berkomunikasi melalui aplikasi WhatsApp.
Abdul Aziz berkata pengadu mengesyaki bahawa pemanggil tersebut bukan Menteri Besar Selangor kerana suaranya yang berlainan, selain mendapati ketika itu, menteri besar juga berada di luar negara.
Susulan itu, pengadu mengesyaki bahawa ada individu yang telah menyamar sebagai menteri besar menggunakan nombor telefon Menteri Besar Selangor dengan niat cubaan menipu untuk tujuan mendapatkan geran tanah milik kerajaan negeri, katanya.
Abdul Aziz berkata siasatan dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Sepang berhubung kes itu yang turut merampas satu unit telefon bimbit milik suspek berserta sekeping kad sim.
Menurutnya, suspek dituduh di Mahkamah Majistret Sepang di sini pada Isnin di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan jalan samaran.
Sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga tujuh tahun, atau didenda, atau kedua-duanya sekali.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2019

Polis menahan lelaki berusia 26 tahun itu yang tidak mempunyai pekerjaan tetap pada 9 Julai lepas susulan laporan dibuat Pegawai Daerah Sepang selepas menerima panggilan daripada suspek. - Gambar fail/BERNAMA
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

Polis gagalkan cubaan menyamar sebagai Menteri Besar Selangor
Polis menggagalkan tindakan seorang lelaki yang menyamar sebagai Menteri Besar Selangor dengan tujuan mendapatkan geran tanah milik kerajaan negeri.

Rumah pegawai kanan SPRM terbakar
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norizham Mohd Nudin berkata, kes dipercayai akibat perbuatan khianat.

Kes langgar lari Cyberjaya: Polis tahan empat pelajar
Ketua Polis Daerah Sepang ACP Abdul Aziz Ali berkata kesemua suspek merupakan pelajar di sebuah universiti antarabangsa di Cyberjaya.

Bantuan pernafasan anggota bomba tertanggal ketika operasi
Anggota bomba yang lemas diikat pasa satu tali ketika menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang remaja.

Penuntut UiTM berbual telefon maut jatuh tingkat 4
Pelajar jurusan Sains berusia 18 tahun itu dipercayai tergelincir ketika duduk di atas palang balkoni bilik asrama di tingkat empat semasa bercakap di telefon.

Proses bedah siasat mayat lelaki Korea Utara selesai
Proses bedah siasat terhadap mayat lelaki warga Korea Utara yang mati Isnin lepas dilaporkan selesai petang tadi.

Pemandu GrabCar mati sejurus bawa penumpang ke klia2
Seorang pemandu perkhidmatan GrabCar meninggal dunia dipercayai akibat komplikasi jantung sejurus tiba di klia2 untuk menurunkan penumpang.

Hasrat lakukan ibadah korban tidak kesampaian, suami isteri maut
Hajat pasangan suami isteri mahu menyambut Hari Raya Aidiladha di kampung tidak kesampaian apabila mereka terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 40.6 Lebuhraya Elite, arah Shah Alam ke Nilai.

Mayat wanita ditemui dalam belukar di Cyberjaya
Mayat seorang wanita ditemui dalam belukar di bawah jambatan susur keluar dari Putrajaya ke Pulau Meranti dekat sini.