Polis meminta mana-mana pihak yang kehilangan anggota keluarga tampil membantu siasatan polis berhubung penemuan mayat seorang perempuan reput di sini 6 Feb lepas.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik DSP Mohd Sohaimi Ishak berkata perempuan itu yang tidak mempunyai identiti dianggar berumur 10 hingga 17 tahun, mempunyai ketinggian 147 sentimeter, berambut ikal paras bahu serta gigi di hadapan sumbing di sebelah kiri.
Katanya mayat yang telah reput dan berulat itu ditemukan seorang pemotong rumput warga Bangladesh di kawasan semak di Kilometer 24 Jalan Gerik-Kupang berhampiran hentian rehat Bintang Hijau, Sungai Rui kira-kira pukul 12 tengah hari.
"Hasil bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mengesahkan punca kematian mangsa adalah disebabkan pukulan objek tumpul di bahagian dada, kepala dan kaki," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Mohd Sohaimi berkata identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan polis sedang mengesan perkara itu termasuk menerusi laporan orang hilang di kawasan berhampiran.
Sehubungan itu, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Mashezreen Jamsari di talian 05-7912222.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 22 2017
![Polis Gerik minta pihak hilang anggota keluarga buat laporan Polis Gerik minta pihak hilang anggota keluarga buat laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/71468289827_Bodies.jpg)
Mohd Sohaimi berkata identiti sebenar mangsa masih belum dikenal pasti dan polis sedang mengesan perkara itu termasuk menerusi laporan orang hilang di kawasan berhampiran. Gambar hiasan
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Polis Gerik minta pihak hilang anggota keluarga buat laporan Polis Gerik minta pihak hilang anggota keluarga buat laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/71468289827_Bodies.jpg)
Polis Gerik minta pihak hilang anggota keluarga buat laporan
Timbalan Ketua Polis Daerah Gerik DSP Mohd Sohaimi Ishak berkata perempuan itu yang tidak mempunyai identiti dianggar berumur 10 hingga 17 tahun.