BATU GAJAH: Polis giat mengesan dua suspek dipercayai lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 20-an, berhubung kejadian samun bersenjata di sebuah stesen minyak berhampiran Jalan Pusing, dekat sini, hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Gajah Superintendan Zolkifli Hanafiah berkata dalam kejadian yang berlaku sekitar 6.45 pagi itu, dua pekerja stesen minyak berkenaan iaitu seorang wanita tempatan berusia 52 tahun dan seorang lelaki warga Bangladesh berumur 26 tahun, mengalami kecederaan ringan di bahagian bibir dan kepala.
"Dapatan dari mangsa mengatakan bahawa kedua-dua suspek menaiki motosikal jenis Yamaha 135LC dan Honda RSX 150. Salah seorang daripada telah masuk ke dalam stesen minyak berkenaan dengan mengacukan pisau kecil.
"Kedua-dua mangsa tidak mengendahkan arahan suspek hingga menyebabkan berlaku pergelutan. Dalam pergelutan itu, suspek berjaya melarikan dua telefon bimbit yang dianggarkan bernilai sekitar RM500," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Terdahulu, tular beberapa keping gambar kejadian itu yang dikongsikan netizen di aplikasi Telegram, memaparkan seorang wanita terbaring dalam keadaan berlumuran darah manakala barangan di dalam stesen itu turut berselerakan.
Zolkifli berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan cedera semasa melakukan rompakan.
Beliau berkata berkata kedua-dua mangsa mengalami luka di bahagian mulut dan kepala, selain telah dirujuk ke Hospital Batu Gajah untuk rawatan susulan dengan pekerja wanita itu menerima empat jahitan di bahagian bibir, manakala pekerja lelaki itu menerima lapan jahitan di kepala.
Dalam pada itu, beliau meminta orang ramai yang mengetahui atau mempunyai maklumat terhadap kejadian yang berlaku, untuk menghubungi IPD Batu Gajah untuk membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2024

Polis giat mengesan dua suspek dipercayai lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 20-an, berhubung kejadian samun bersenjata di sebuah stesen minyak berhampiran Jalan Pusing. - Gambar hiasan/BERNAMA

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Polis giat kesan dua lelaki tempatan samun stesen minyak Batu Gajah
Polis giat mengesan dua suspek dipercayai lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 20-an, berhubung kejadian samun bersenjata di sebuah stesen minyak.

Lelaki acu pisau samun kedai minyak ditahan
Polis berjaya menahan seorang lelaki selepas lapan jam melakukan samun bersenjatakan pisau terhadap pekerja wanita di sebuah stesen minyak di Bandaraya Alor Setar.