BUTTERWORTH: Siasatan awal polis mendapati kes buli yang berlaku di sebuah sekolah menengah di sini pada Jumaat lepas membabitkan dua kejadian berasingan melibatkan dua mangsa iaitu pelajar lelaki tingkatan satu dan dua.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Mohd Asri Shafie berkata pihak polis ketika ini sedang menjalankan siasatan lanjut dan mengenal pasti punca sebenar kedua-dua kejadian buli tersebut.
"Berdasarkan siasatan mendapati dua kes berasingan itu berlaku pada hari sama iaitu pada 19 Mei lalu dan ia membabitkan dua mangsa yang yang dipukul beberapa pelajar lain di dalam tandas lelaki dipercayai di sekolah tersebut.
"Kes pertama berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari iaitu mangsa merupakan pelajar tingkatan dua telah dipukul oleh seorang pelajar tingkatan tiga manakala kes kedua pula pada 3 petang.
"Dalam kes kedua, mangsa merupakan pelajar tingkatan satu telah dipukul oleh sembilan pelajar senior dan siasatan kami mendapati mangsa kedua-dua kes tersebut dipukul menggunakan tangan serta kaki tanpa sebarang objek lain," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya bagi kes kedua, pihak polis berjaya menahan sembilan remaja lelaki berusia 14 hingga 16 tahun yang juga pelajar tingkatan dua hingga empat di sekolah sama.
Mohd Asri berkata susulan penahanan mereka, polis merampas enam telefon bimbit bagi membantu siasatan kedua-dua kes itu yang videonya berdurasi 24 dan 34 saat tular di media sosial sejak Jumaat lepas.
Katanya punca kejadian masih dalam siasatan dan pihaknya turut menasihati orang ramai agar tidak terus menularkan video buli itu kerana dikhuatiri menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat.
"Kes pertama disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencederakan orang manakala kes kedua pula disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya.
Terdahulu sejak Jumaat, tular di media sosial dua kejadian buli berasingan di sekolah yang sama dan mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang marah dengan tindakan tersebut.
Antaranya sebuah klip video berdurasi 34 saat memaparkan seorang murid lelaki ditumbuk dan ditendang bertubi-tubi oleh beberapa murid dipercayai berlaku dalam sebuah tandas.
Kebanyakan mereka termasuk mangsa serta sekumpulan murid yang turut kelihatan menjadi 'penonton' aksi buli itu dilihat memakai pelitup muka dan berpakaian sukan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 21 2023

Tangkap layar video tular yang membabitkan kes buli di sebuah sekolah menengah di Butterworth. - Ihsan pembaca

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya

Pengetua, pihak sekolah diingatkan tidak sembunyi sebarang kejadian buli - Fadhlina
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mengingatkan pengurusan sekolah khususnya pengetua, guru besar dan guru pentadbir, agar tidak menyembunyikan kejadian buli dalam kalangan pelajar.

Isu buli: 'Roll call' lebih kerap, tambah CCTV di ALK UPNM - Khaled Nordin
Langkah keselamatan bagi kadet di Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) akan ditingkatkan.

TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"

Suspek kes buli UPNM mengaku tidak bersalah pijak perut mangsa pakai spike but
Tertuduh yang berusia 22 tahun didakwa dengan sengaja mendatangkan kecederaan kepada Muhammad Haziq Ahmad Rashidi dengan memijak perut mangsa.

Suspek kes buli, pijak penuntut UPNM tiba di mahkamah
Suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

Kertas siasatan pelajar UPNM retak tulang dipijak senior dirujuk ke TPR
Kertas siasatan berkaitan kes buli seorang penuntut UPNM yang parah akibat dipijak penuntut senior akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

Hukuman lima kadet ALK-UPNM terbabit kes buli dua minggu lagi
Keputusan hukuman terhadap lima kadet ALK Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang terbabit dalam dua kes buli berasingan diketahui dalam tempoh dua minggu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 14 November 2024.

Polis belum terima laporan perubatan mangsa buli UPNM
Polis belum menerima laporan perubatan melibatkan kes seorang kadet UPNM yang cedera parah di rusuk dan belakang akibat dipijak pelajar senior.

Tiada keperluan rombak pentadbiran ALK susulan kes buli di UPNM
Mohamed Khaled berkata pihaknya akan menyiasat apa yang berlaku di ALK sebelum ke fasa tindakan seterusnya.