Polis Johor akan menyiasat pendedahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), bahawa terdapat seramai 177 pelajar tingkatan empat dan lima di negeri ini, terbabit dengan penagihan dadah.
Ketua Polisnya Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan pihaknya itu lebih menjurus kepada usaha menjejaki pembekal dadah, yang diperoleh pelajar berkenaan.
"Saya akan semak semula dan mendapatkan maklum balas daripada mereka (AADK), sebab kalau memang pelajar ini penagih dadah, kita nak tahu dari mana mereka mendapatkan bekalan dadah itu.
"Lagipun, mungkin fokus AADK adalah pada pemulihan dan kaunseling, sementara kita pula nak tengok bagaimana dia punya rangkaian dan sejauh mana penembusan mereka di sekolah," katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara di sini, hari ini.
Majlis serah terima tugas itu berlangsung di antara ACP Mohd. Taib Ahmad yang bersara wajib pada 17 September ini kepada ACP Rapeah Abd Wahid.
Sabtu lepas, AADK mendedahkan terdapat seramai 177 pelajar sekolah menengah di negeri ini positif dadah sejak awal tahun.
Jumlah tersebut diperoleh hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan pihaknya terhadap seramai 10,175 pelajar tingkatan empat dan lima, daripada 280 buah sekolah seluruh Johor.
Ujian saringan itu pula diadakan susulan terdapat maklumat yang menunjukkan bahawa pelajar berusia antara 16 hingga 25 tahun, adalah yang paling ramai terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Dalam pada itu, Ayob Khan memberitahu polis Johor kini dalam proses akhir untuk menyiapkan modul pembelajaran berkaitan dadah di peringkat sekolah rendah dan menengah, institusi pengajian tinggi serta komuniti.
Modul itu, katanya, dibangunkan oleh pakar psikologi Universiti Teknologi Malaysia bersama pihak polis dan dilancar pada penghujung bulan depan.
"Modul ini akan memberi penekanan terhadap isu penagihan dadah, kerana mahu memastikan masyarakat tahu mengenai bahaya dadah, merokok dan sebagainya," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 14 2020

Ayob Khan memberitahu polis Johor kini dalam proses akhir untuk menyiapkan modul pembelajaran berkaitan dadah di peringkat sekolah rendah dan menengah, institusi pengajian tinggi serta komuniti. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Ismail Sabri dikejar ke hospital, kini dalam keadaan stabil
Difahamkan, Ismail Sabri dikejarkan ke hospital pada jam 2.30 pagi tadi selepas rebah di kediamannya.

Lebih 19,000 KIR terima manfaat Kad Perak Sejahtera - MB
Penyaluran bantuan yang diperkenalkan sejak 2019 itu bertujuan memastikan golongan B40, miskin dan miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas makanan.

90 peratus kediaman di Gaza musnah - IOM
Sejak 19 Jan, IOM menyalurkan bantuan merangkumi tempat perlindungan, bekalan air, alatan kebersihan serta barangan bukan makanan bagi menyokong penduduk Gaza.

192,857 individu salah guna dadah tahun lepas - Saifuddin Nasution
Isu penyalahgunaan dadah di negara ini semakin membimbangkan dengan trend menaik setiap tahun sejak 2022, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Pelaksanaan saringan air kencing secara meluas di konsert tidak praktikal - KP AADK
Beliau berkata proses saringan air kencing bagi mengesan penyalahgunaan dadah tidak boleh dilakukan sembarangan serta mengambil masa.

'Magic mushroom' sah ganja sintetik - AADK
AADK telah membuat 50 kajian kes melibatkan kumpulan penagih yang mendakwa menggunakan 'magic mushroom' dan mendapati ia sebenarnya adalah dadah sintetik.

Sarawak negeri tunggal wujud pusat sehenti bantu tangani penyalahgunaan dadah
Sarawak satu-satunya negeri yang mempunyai pusat sehenti (OCS) bagi membantu menangani masalah penyalahgunaan dadah dengan lebih berkesan.

Sokong, jangan hakimi mereka yang pulih daripada ketagihan, penyalahgunaan dadah - KP AADK
Ini bagi memastikan mereka tidak kembali terjerumus ke dalam kancah penagihan dan penyalahgunaan dadah.

Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.

AADK gerak #SkuadIhsanMadaniKDN bantu mangsa banjir
Keutamaan bantuan pascabanjir diletakkan kepada dua kawasan yang terjejas teruk iaitu di sekitar Pasir Mas, Kelantan dan Besut, Terengganu.

Pindaan Akta Penagih Dadah 1983: Peluang kedua pulih diri
Pindaan Akta Penagih Dadah 1983 penting bagi memberikan kuasa lebih kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dalam proses rawatan dan pemulihan penagih.

169,691 penagih dadah dikesan di seluruh negara - AADK
Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Datuk Ruslin Jusoh berkata berdasarkan statistik itu, 162,360 penagih adalah lelaki manakala wanita pula 7,331 orang.

JPJ tahan tiga pemandu lori positif dadah di Jitra
Tiga pemandu lori ditahan selepas didapati positif dadah dalam Op Khas Kenderaan Perdagangan.