Polis Johor menafikan pihaknya tidak mengambil sebarang tindakan terhadap satu laporan yang mendakwa anggotanya memukul seorang remaja lelaki tanpa sebab, di sini, awal pagi Khamis.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kes itu telah pun disiasat di bawah Seksyen 323 dan 307 Kanun Keseksaan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya apabila kertas siasatan lengkap.
"Memandang kes ini masih dalam siasatan, adalah dinasihatkan pihak-pihak berkaitan jika ada sebarang maklumat, bolehlah merujuk kepada Pegawai Penyiasat ASP Idris Seth di talian 07-223 2222," katanya dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.
Beliau mengulas dakwaan dibuat bapa remaja berkenaan di laman sosial yang mengatakan polis kononnya tidak mengambil tindakan terhadap laporan yang dibuatnya di Balai Polis Dato Onn di sini, sebelum ia menjadi tular.
Dalam laporannya itu, dia mendakwa anggota polis itu telah memukul anaknya yang berusia 23 tahun tanpa sebab ketika ditahan di kawasan Perindustrian Tebrau 4 kira-kira 1.45 pagi Khamis.
--BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2017

MOHD KHALIL: Memandang kes ini masih dalam siasatan, pihak berkaitan dinasihatkan merujuk kepada Pegawai Penyiasat ASP Idris Seth jika ada sebarang maklumat. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Isu pencemaran di Telok Gong: SPRM beri jaminan akan ambil tindakan terhadap pihak berkuasa
Puluhan kilang haram kitar semula di Telok Gong berhampiran Pelabuhan Klang didakwa menjalankan operasi tanpa diganggu pihak berkuasa.

Selangor FC pertimbang ambil tindakan terhadap keputusan MFL
Selangor FC sedang meneliti dan mengkaji semua saluran bersesuaian untuk mengambil tindakan seterusnya berikutan denda dikenakan Malaysian Football League kepada pasukan itu.

Saya tak pernah arah ambil tindakan terhadap sesiapa - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan supaya tindakan diambil terhadap mana-mana pihak tertentu sejak memegang jawatan itu.

Penyingkiran PSM kekal - ASTAF
Keputusan itu akan disampaikan kepada pihak berkuasa Malaysia untuk mengambil tindakan bersesuaian mengikut perundangan Malaysia.

MCMC mulakan siasatan terhadap pakej Unifi TM
Jika siasatan awal mendapati terdapat unsur yang melanggar kepentingan pengguna, MCMC tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap pemberi perkhidmatan.

Kementerian Pendidikan teliti ambil tindakan terhadap juri, panel debat
Hasil siasatan mendapati Ketua Juri iaitu Mohammad Aidil Ali dan Iyad Zakiy Amal, selaku panel pemilih usul, tidak membuat sebarang perbincangan atau mendapatkan pandangan awal dari sekolah terbabit.

Kes SRC: Najib dibebas atau dipanggil bela diri diketahui 11 Nov
Mohd Nazlan menetapkan 3 dan 4 Dis, 9 Dis hingga 12 Dis serta 16 Dis untuk mendengar pembelaan Najib sekiranya mahkamah mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

IGP nafi dakwaan polis tidak ambil tindakan FB hina Agong
Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata pihaknya sudah mengambil semua tindakan termasuk menggunakan bantuan dari SKMM untuk mengesan pemilik laman sosial yang didakwa menghina Agong.

Polis Johor nafi tidak bertindak terhadap laporan anggotanya pukul remaja
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kes itu telah pun disiasat di bawah Seksyen 323 dan 307 Kanun Keseksaan dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Jawatankuasa baharu selaras sekolah agama rakyat dan pondok - TPM Zahid
Beliau berkata walaupun satu dasar mengenai sekolah agama dan pondok boleh diwujudkan tetapi kuasa untuk mengambil tindakan masih tertakluk kepada negeri masing-masing.