Polis Johor menumpaskan sindiket perjudian perlawanan bola sepak Piala Dunia 2014 dengan nilai pertaruhan RM1.05 juta.
Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata Op Soga yang dilancarkan pada 13 Jun lepas membuat 105 serbuan dan memeriksa 311 individu.
Hasil pemeriksaan itu, 31 individu ditahan berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun kerana disyaki terlibat sebagai ejen ataupun bookie kepada sindiket pertaruhan.
"Hampir 90 peratus serbuan dilakukan di tempat awam seperti restoran dan kawasan terbuka yang lain sekitar Wilayah Iskandar Malaysia," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini hari ini.
Turut dirampas dalam operasi itu wang tunai RM61,215 dan 5,650 dolar Singapura, sembilan komputer tablet, 30 telefon bimbit, tujuh modem wifi dan sejumlah rekod pertaruhan perlawanan bola sepak Piala Dunia 2014.
Mohd Mokhtar berkata kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Pertaruhan 1953 (Akta 495) yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun dan denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak melebihi RM200,000 jika didapati bersalah.
Sementara itu, polis Johor juga menumpaskan sindiket pecah rumah yang berlaku di Jalan Waspada, Johor Baharu, pada 12 Jun lepas selepas menahan dua lelaki berusia 21 dan 35 tahun pada hari yang sama di Jalan Skudai dan mendapati kedua-duanya mempunyai rekod jenayah dan dadah.
Turut dirampas sebilah kapak, empat batang besi kuku kambing, sebilah pisau, dua pemutar skru, dan satu pemotong dawai yang dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah serta sebuah kereta Mitsubishi Grandis yang menggunakan nombor pendaftaran palsu.
Kedua-dua suspek itu, yang juga warga tempatan, ditahan reman sehingga 23 Jun ini.
Mohd Mokhtar berkata dengan penahanan dua suspek berkenaan, pihaknya turut berjaya menyelesaikan lima kes pecah rumah di kawasan pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan.
Bernama
Fri Jun 20 2014

Op Soga membuat 105 serbuan dan memeriksa 311 individu

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.

Op Soga: 10 lelaki ditahan dipercayai jadi ejen bookie judi Piala Dunia Qatar
Polis Johor menahan 10 lelaki tempatan, disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian bola sepak sempena Piala Dunia Qatar 2022 menerusi Op Soga IX.

39 ditahan libatkan judi bola mencecah taruhan RM1.8 juta
Polis Pulau Pinang menahan 39 individu yang disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian bola sepak membabitkan jumlah pertaruhan mencecah RM1.8 juta sempena perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018.

Polis Johor tumpas sindiket judi bola sepak, nilai pertaruhan RM1.05 juta
Op Soga yang dilancarkan pada 13 Jun lepas membuat 105 serbuan dan memeriksa 311 individu.