TANAH MERAH: Polis merampas sebanyak 97,780 liter minyak diesel bernilai RM210,227 dalam dua serbuan berasingan di Tanah Merah dan Machang awal pagi Ahad.
Pemangku Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata hasil serbuan yang dilakukan oleh anggota Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA8) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDHNHEP) Kelantan berjaya menahan lapan suspek termasuk seorang warga Bangladesh berumur antara 29 hingga 50 tahun.
"Hasil dua serbuan itu pihaknya merampas lima lori, tiga mesin penyedut minyak dan enam tangki statik dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM910,007.
"Kesemua lapan suspek ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah dan Machang untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya selepas melawat lokasi rampasan minyak diesel di Kampung Tebing Tinggi, di sini pada Ahad.
Beliau berkata pihaknya mendapati mereka yang ditahan itu menggunakan modus operandi dengan membeli minyak bersubsidi menggunakan lori biasa yang tangkinya telah diubah suai untuk mengaburi pihak berkuasa sebelum dipindahkan ke tangki statik di kilang utama.
"Kegiatan haram yang dilakukan oleh sebuah syarikat pembekal minyak diesel di Tanah Merah itu yang membeli diesel bersubsidi dan bukan dengan harga minyak industri sepertimana yang ditetapkan oleh kerajaan, dipercayai telah lama menjalankan kegiatan berkenaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 19 2022

Muhammad Zaki berkata, pihaknya mendapati mereka yang ditahan itu menggunakan modus operandi dengan membeli minyak bersubsidi menggunakan lori biasa yang tangkinya telah diubah suai. - Foto BERNAMA

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.

Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.

Kelantan tetapkan kadar sewa tapak bazar Ramadan mengikut kawasan jajahan bermula RM200
Harga ditawarkan itu adalah sangat rendah berbanding harga sewaan tapak bazar Ramadan yang dikenakan oleh pihak swasta.

Kelantan buka kilang padi di Pasir Mas, sokong pengusaha tempatan
Kilang itu akan dibuka di Meranti, Pasir Mas bagi menyokong pengusaha padi tempatan dan memastikan hasil padi dapat dikilangkan sendiri.

Kelantan denda maksimum RM2,000 terhadap individu buang sampah di luar tong
Individu yang dikesan membuang sampah di luar tong disediakan bakal didenda sehingga RM2,000 oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini.

Perak berpesta gol benam Kelantan 7-0 di Manjung
Perak FC melonjak ke tangga kelima Liga Super selepas membelasah Kelantan Darul Naim FC 7-0.

264 menara telekomunikasi terjejas di Kelantan selesai dibaik pulih - Fahmi
Menara yang terlibat kini telah beroperasi seperti biasa dan fungsinya akan terus ditambah baik.

Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan dibentangkan Julai ini
Pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 akan dibentangkan Julai ini, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohamed Fadzli Hassan.

Amaran hujan berterusan tahap waspada di empat negeri
Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip berkata empat negeri terlibat ialah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Banjir diramal landa Kelantan, Pahang bermula hari ini - JPS
JPS memaklumkan 10 daripada 11 jajahan di Kelantan dijangka terlibat iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai, Jeli dan Gua Musang.

Polis tahan dua lelaki miliki senjata api, dadah di Pasir Mas
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menahan dua lelaki berusia 19 dan 34 tahun yang disyaki memiliki senjata api dan dadah di Kampung Degong, Pasir Mas, semalam.