PASIR MAS: Polis Kelantan menerima sebanyak 225 permohonan permit menjual bunga api dan mercun sempena Aidilfitri tahun ini.
Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata daripada jumlah itu, 25 permohonan telah diluluskan manakala bakinya sedang dalam proses penelitian dan akan selesai dalam tempoh terdekat.
Beliau berkata polis masih mengekalkan syarat sama seperti sebelumnya iaitu hanya bunga api dan mercun tertentu sahaja dibenarkan untuk dijual dalam tempoh dua minggu sebelum raya.
"Kami menasihatkan jangan jual mercun yang kita tidak benarkan dan polis tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap peniaga ingkar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Go To Safety Point di pekarangan stesen Petronas Chetok, di sini, hari ini.
Muhamad Zaki berkata orang awam tidak perlu lagi membeli mercun atau bunga api secara haram kerana polis telah menyediakan pembekal berlesen untuk urus niaga berkenaan.
"Berkemungkinan mercun dijual di luar tidak sama dengan mercun diluluskan polis tetapi ada sebab kita hadkan jenisnya termasuk risiko bahaya tertentu yang mungkin berlaku.
"Polis beri amaran awal-awal dan akan mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat dengan aktiviti penyeludupan mercun secara haram ini," katanya.
Muhamad Zaki turut menasihati peniaga mercun di negeri ini agar berwaspada menguruskan jualan bahan berkenaan memandangkan cuaca panas ketika ini mungkin boleh menyebabkan kejadian tidak diingini berlaku.
Menurutnya, pemantauan ibu bapa terhadap anak masing-masing juga amat dituntut agar tragedi buruk dapat dielakkan.
Terdahulu, program kerjasama strategik antara Polis Diraja Malaysia dan stesen minyak Petronas itu bertujuan menyediakan lokasi selamat kepada orang awam mendapatkan bantuan awal dalam kejadian kemalangan, kecemasan dan jenayah dengan setakat ini membabitkan penyertaan 42 stesen minyak.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 11 2024
![Polis Kelantan terima lebih 200 permohonan permit jual bunga api, mercun Polis Kelantan terima lebih 200 permohonan permit jual bunga api, mercun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41709997364_ZakiHarun.jpg)
Polis masih mengekalkan syarat sama seperti sebelumnya iaitu hanya bunga api dan mercun tertentu sahaja dibenarkan untuk dijual dalam tempoh dua minggu sebelum raya. - Bernama
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Tiada letupan, gegaran kuat berlaku di Machang - Polis Tiada letupan, gegaran kuat berlaku di Machang - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733580243_YusoffMamatKotaB.jpg)
Tiada letupan, gegaran kuat berlaku di Machang - Polis
Polis mengesahkan tiada sebarang aktiviti yang menggunakan bahan letupan atau kebakaran hingga kononnya berlaku letupan dan gegaran kuat di Kampung Kelaweh, Machang hari ini.
![Dua lelaki menyamar anggota SPRM ditahan di Pasir Mas Dua lelaki menyamar anggota SPRM ditahan di Pasir Mas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731928049_TBYusoffMamat.jpg)
Dua lelaki menyamar anggota SPRM ditahan di Pasir Mas
Polis menahan dua lelaki dipercayai menyamar sebagai anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sekitar Pasir Mas, semalam.
![Polis Kelantan bakal guna dron canggih kekang jenayah rentas sempadan Polis Kelantan bakal guna dron canggih kekang jenayah rentas sempadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81730777940_TBMohdYusoffMamat.jpg)
Polis Kelantan bakal guna dron canggih kekang jenayah rentas sempadan
Kegunaan dron dapat menangani masalah penyeludupan termasuk dadah, barang kawalan dan barang-barang tidak sah yang keluar masuk dari Kelantan.
![Polis Kelantan mohon helikopter persediaan hadapi Monsun Timur Laut Polis Kelantan mohon helikopter persediaan hadapi Monsun Timur Laut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727259633_MohdAliTamby.jpg)
Polis Kelantan mohon helikopter persediaan hadapi Monsun Timur Laut
Polis Kelantan memohon agar sebuah helikopter ditempatkan di negeri ini sebagai persediaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL), dijangka bermula tidak lama lagi.
![Polis kesan tiga individu tipu urusan jual beli tanah Polis kesan tiga individu tipu urusan jual beli tanah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714298313_DatukMuhamadZakiH.jpg)
Polis kesan tiga individu tipu urusan jual beli tanah
Polis Kelantan sedang mengesan tiga individu termasuk dua adik-beradik, bagi membantu siasatan berkaitan kes penipuan urusan pembelian sebidang lot tanah.
![Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715391298_tbRumahTerbuka.jpg)
Tangguh ke Thailand jika tiada urusan penting - Polis Kelantan
Beliau berkata, jika tidak mempunyai pilihan mereka yang ingin ke negara berkenaan diingatkan agar sentiasa berhati-hati.
![Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683693337_TBZAKIHARUN.jpg)
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, awal pagi tadi.
![90 kes jenayah seksual direkod di Kelantan dalam tempoh empat bulan 90 kes jenayah seksual direkod di Kelantan dalam tempoh empat bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61712819535_raped.jpg)
90 kes jenayah seksual direkod di Kelantan dalam tempoh empat bulan
Polis Kelantan merekodkan 90 kes jenayah seksual di negeri itu dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.
![Lima ditahan seludup beras, pelbagai jenis dadah Lima ditahan seludup beras, pelbagai jenis dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711887111_TBBERASADAH.jpg)
Lima ditahan seludup beras, pelbagai jenis dadah
Polis menahan lima penyeludup warga tempatan kerana disyaki menyeludup 50 kampit beras dari negara jiran dalam operasi kontraban di Kelantan.
![Lelaki bergelar 'Datuk' dikehendaki polis ditahan, direman di Kelantan Lelaki bergelar 'Datuk' dikehendaki polis ditahan, direman di Kelantan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710167248_DatukDitahancede.jpg)
Lelaki bergelar 'Datuk' dikehendaki polis ditahan, direman di Kelantan
Ia berkaitan dengan kes ugutan dan mencederakan mangsa di Kota Bharu, baru-baru ini.