KUALA LUMPUR: Polis mengeluarkan 16,163 saman pada Operasi Khas Lampu Isyarat Merah dalam tempoh 15 hari operasi di seluruh negara bermula 15 hingga 30 Sept lepas.
Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Saaduddin berkata operasi tersebut menumpukan kesalahan melanggar lampu isyarat merah dengan saman paling banyak dikeluarkan melibatkan motosikal iaitu 8,211 saman diikuti kereta (6,083), lori (528), van (264), bas (22) dan 1,055 saman untuk lain-lain kenderaan.
Beliau berkata pihaknya turut mengeluarkan 24,276 saman melibatkan lain-lain kesalahan lalu lintas dengan 71,069 kenderaan diperiksa.
"Seramai 27 individu ditahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan Raya 1987, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan memiliki waran tangkap saman trafik dalam operasi itu.
"Polis memandang serius sikap dan trend pengguna jalan raya yang mewujudkan risiko kemalangan ekoran tidak memberhentikan kenderaan di lampu isyarat dan orang ramai dinasihat supaya sentiasa berhati-hati dan mematuhi isyarat lalu lintas yang telah ditetapkan bagi menjamin keselamatan semua pengguna jalan raya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata operasi tersebut dijalankan di 1,659 lokasi seluruh negara melibatkan 1,541 anggota.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 05 2022

Operasi tersebut menumpukan kesalahan melanggar lampu isyarat merah dengan saman paling banyak dikeluarkan melibatkan motosikal iaitu 8,211 saman.- Fail/REUTERS

Enam bulan tempoh tambah baik sektor padi, beras secara menyeluruh - Mohamad Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menjangkakan usaha penambahbaikan industri beras dan padi dapat dilaksanakan secara menyeluruh dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis
Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika ini adalah tidak memuaskan berikutan kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya janji mereka yang melibatkan aspek penghantaran bantuan kemanusiaan.

Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
KDNK seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024.

Kerajaan Johor rangka pelan induk bagi JS-SEZ - Onn Hafiz
Pelan induk itu membabitkan beberapa agensi utama seperti Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA).

Penggiat industri pelancongan Pahang terima manfaat insurans kelompok
Penerima terdiri pengusaha inap desa, malim gunung, pemandu pelancong alam semula jadi dan pemandu bot di Cherating yang aktif.

K9 tidak dapat petunjuk kehilangan Zayn Rayyan sebelum jasad ditemukan
K9 dikatakan tidak mendapat sebarang petunjuk ekoran kawasan itu telah tercemar dengan kesan penduduk meredah kawasan berkenaan.

Malaysia, Bahrain bersedia teroka bidang kerjasama baharu - PM Anwar
Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas.
Agenda AWANI: Segerakan fasa kedua gencatan senjata
Ke arah merealisasikan rundingan fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel, apa jaminan semua pihak untuk patuh dan tidak sabotaj perjanjian hingga memberi kesan kepada usaha bina semula Gaza?

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat: Selesaikan percanggahan perundangan sedia ada - Peguam
eguam dan pengasas Center to Combat Corruption and Cronyism (C4), Cynthia Gabriel berkata percanggahan peruntukan dalam Akta Perlindungan Pemberi Maklumat dengan undang-undang sedia ada yang lain perlu diselesaikan. Jelasnya, ini bagi memastikan pemberi maklumat tidak berisiko berdepan dengan tindakan jenayah selepas mendedahkan sebarang salah laku kepada pihak berkuasa. #AgendaAWANI

Gagal patuhi lampu isyarat, 2 remaja maut motosikal bertembung kereta
Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Sultan Azlan Shah, malam tadi.

Polis keluarkan 16,163 saman langgar lampu isyarat merah dalam tempoh 15 hari operasi
Polis mengeluarkan 16,163 saman pada Operasi Khas Lampu Isyarat Merah dalam tempoh 15 hari operasi di seluruh negara bermula 15 hingga 30 Sept lepas.

Polis siasat anggota trafik tahan pemandu dalam video tular
Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh sedang menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggota polis trafik yang menahan seorang pemandu dalam sebuah video tular.

Op Merah: Rider p-hailing 'berani mati' langgar lampu merah disaman
Kebanyakan golongan penunggang ini berbuat demikian dengan alasan mahu mengejar 'trip' tempahan pelanggan.

Langgar lampu merah kesalahan paling tinggi libat 'rider' p-hailing
Sebanyak 38 kes direkodkan sepanjang operasi yang dijalankan sejak 8 hingga 12 Oktober lalu.

AES didik pengguna patuhi peraturan jalan raya - Miros
Pemasangan kamera AES terbukti berkesan dalam mengurangkan kemalangan maut akibat pemanduan laju dan salah laku pelanggaran lampu merah.