Polis sedang memperkemaskan lagi kertas siasatan kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata ia selaras dengan arahan terbaru Jabatan Peguam Negara.
"Ada beberapa arahan baharu daripada Jabatan Peguam Negara untuk dilengkapkan ... dan kita bagi tumpuan untuk lengkapkan siasatan tersebut," katanya.
Tajudin berkata demikian pada sidang media sempena majlis Perhimpunan Khas Ketua Polis Kuala Lumpur bersama-sama Sukarelawan Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Pada minggu lepas, polis telah menyerahkan laporan siasatan kes berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara dan difahamkan laporan itu diserahkan semula kepada polis untuk tindakan lanjut.
Pada 10 Sept lepas, kertas peperiksaan subjek sains UPSR ditangguhkan setelah didapati bocor, dan sehari selepas itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris juga bocor. Ekoran itu tarikh baharu peperiksaan bagi dua kertas itu ditetapkan pada 30 Sept.
Isnin lepas, Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof mengumumkan kertas peperiksaan subjek matematik dan Bahasa Tamil UPSR yang berlangsung pada 10 Sept dibatalkan setelah disahkan bocor.
Tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu ditetapkan pada 9 Okt.
Bernama
Sun Sep 28 2014
Pada minggu lepas, polis telah menyerahkan laporan siasatan kes berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara dan difahamkan laporan itu diserahkan semula kepada polis untuk tindakan lanjut.
YSIJ sumbang 105 televisyen pintar kepada sekolah di Johor
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 105 televisyen pintar (Smart TV) kepada sekolah-sekolah terpilih di negeri Johor.
Pos Malaysia buka Pos Shop ke-50 di Pulau Pinang
Kedai Pos Shop ke-50 di Jalan Dato Keramat, George Town menawarkan kemudahan runcit yang komprehensif melangkaui perkhidmatan tradisinya.
Lebih 400 pegawai, anggota polis ditugaskan pastikan Pemukimam AMM berjalan lancar
Kesemua mereka terdiri daripada polis trafik, polis tugasan am, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Bangkok laksanakan langkah bekerja dari rumah berikutan ramalan kemerosotan kualiti udara
Ramalan cuaca menunjukkan sekurang-kurangnya 35 daerah di Bangkok berpotensi alami peningkatan tahap PM2.5.
Remaja perempuan hilang sejak Rabu
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang di Semenyih, Selangor sejak Rabu lalu.
KDNK China tumbuh 5 peratus pada 2024, tepati unjuran
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat pertumbuhan sebanyak lima peratus pada 2024, sejajar dengan unjuran.
KKM perkenal dasar, program pencegahan kesihatan paru-paru
Inisiatif itu merupakan langkah penting dalam menangani risiko penyakit berkaitan paru-paru yang berkait rapat dengan tempat kerja.
Tumpuan Sabtu – 18 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (17 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
11 pendatang tanpa izin ditahan di Muallim
Jabatan Imigresen (JIM) Perak menahan 11 pendatang tanpa izin dalam serbuan di tujuh premis perniagaan berasingan di sekitar daerah Muallim, semalam.
Polis kemas kini kertas siasatan kes kebocoran kertas UPSR
Polis sedang memperkemaskan lagi kertas siasatan kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).