MUAR: Polis akan mengemukakan hasil siasatan yang telah dikemas kini membabitkan Tan Sri Tommy Thomas kepada Pejabat Peguam Negara selepas ia selesai.
Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata hasil siasatan tersebut adalah melibatkan empat kertas siasatan berhubung buku 'My Story: Justice in Wilderness' yang ditulis bekas peguam negara itu serta satu kertas siasatan berhubung kenyataan Thomas pada satu forum pada 17 Sept lepas.
"Saya diberitahu bahawa rakaman percakapan Tan Sri Tommy Thomas telah pun kita laksanakan juga dengan Dr Michael Jeyakumar Devaraj dan ada beberapa perkara yang perlu pihak polis laksanakan ekoran arahan...yang dikeluarkan Pejabat Peguam Negara untuk kita kemas kini perkara berkaitan siasatan yang kita dibuat.
"Jadi mungkin ada sedikit masa yang kita perlukan dan selepas ini, kita akan kemukakan balik semula kepada Pejabat Peguam Negara untuk mereka membuat keputusan dan meneliti kertas siasatan tersebut," kata beliau kepada pemberita selepas majlis penutup Kursus Asas Tiger Platoon Briged Tengah Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kem Batalion 6 PGA, dekat sini, hari ini.
Beliau berkata percakapan Thomas direkodkan di Bukit Aman pada 27 Okt lepas manakala percakapan Jeyakumar dirakam pada 22 Okt.
Acryl Sani berkata percakapan kedua-duanya akan diambil kira serta disekalikan dengan hasil siasatan buku, yang akan disekalikan sekali untuk dikemas kini.
"Kita (Polis) buat semua. Keterangan kita ambil, segala perkara yang berkaitan dengan apa yang ditohmahkan itu kita akan ambil kira dan kita akan serahkan kepada pihak Peguam Negara," kata beliau lagi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengenai perkembangan terkini siasatan terhadap bekas peguam negara itu.
Pada 28 Okt lepas, Pejabat Peguam Negara dilaporkan memulangkan kembali kertas siasatan kepada Polis Diraja Malaysia Selasa lepas untuk dilengkapkan.
Sementara itu, Thomas dan Pengerusi Parti Sosialis Malaysia itu juga dilaporkan dipanggil PDRM untuk dirakam percakapan berhubung dakwaan ke atas Thomas mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman dalam sebuah forum bulan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 30 2022

Siasatan tersebut melibatkan empat kertas siasatan berhubung buku 'My Story: Justice in Wilderness' yang ditulis bekas peguam negara itu serta satu kertas siasatan berhubung kenyataan Thomas pada satu forum pada 17 Sept lepas. - Gambar fail

Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.

Jururawat wanita maut selepas langgar belakang lori di lebuh raya SILK
Seorang jururawat wanita maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan di Kilometer 28.2 Sistem Lingkaran-Lebuhraya Kajang (SILK) semalam.

Firma guaman dikenal pasti terlibat isu seleweng tanah di Selangor - MB
Firma guaman antara entiti lain yang dikenal pasti terlibat dalam kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di Selangor, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu.

Lebih 150 ‘false killer whale’ terdampar di pantai Australia
Lebih 150 false killer whales ditemukan terdampar di sebuah pantai di Australia pada Rabu, lapor pihak berkuasa tempatan.

Berang kena marah, remaja lelaki bakar bapa hidup-hidup
Remaja lelaki berusia 14 tahun bertindak kejam membakar bapa kandungnya selepas dimarahi kerana disyaki mencuri wang di rumah sewa mereka di Ajay Nagar Part 2, Faridabad, India awal pagi Selasa.

Insiden Steven Sim kena marah: DAP siasat jika ada aduan - Anthony
DAP akan menjalankan siasatan tatatertib sekiranya terdapat sebarang aduan dikemukakan berkaitan kejadian Pengerusi DAP Pulau Pinang Steven Sim dimarahi pada satu majlis di Pulau Pinang, Sabtu lepas.

Malaysia dijangka berdepan cabaran pembangunan pusat data AI dengan sekatan terkini AS - Liew
Malaysia dijangka berdepan cabaran dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI) dengan sekatan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.
Trump kenakan tarif 25% ke atas kenderaan dan cip
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyatakan hasrat untuk mengenakan tarif 25% ke atas import kenderaan serta kadar serupa terhadap cip semikonduktor dan produk farmaseutikal.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
Menurutnya, tarif sektor farmaseutikal dan cip semikonduktor akan bermula pada kadar 25% atau lebih tinggi, dengan peningkatan ketara dalam tempoh setahun.
3,316 graduan dilantik pegawai perubatan siswazah
Semua 3,316 graduan perubatan yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) tahun lalu, dilantik sebagai pegawai perubatan siswazah (PPS) di Hospital Latihan Siswazah (HLS) di seluruh negara.
KKDW pertimbang guna kaedah IBS bina rumah PPRS
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) sedang mempertimbang penggunaan kaedah Sistem Binaan Berindustri (IBS) dalam pembinaan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS).

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

Saman fitnah: Mahkamah tolak permohonan Tommy Thomas singkir hakim
Hakim Roz Mawar menyatakan bahawa permohonan menarik diri ini tidak berasas dan boleh merosakkan keyakinan awam terhadap badan kehakiman.

Keputusan permohonan Tommy Thomas supaya Hakim Roz Mawar tarik diri 14 Jan
Mahkamah Tinggi menetapkan 14 Jan 2025 untuk keputusan permohonan Tommy Thomas agar Hakim Roz Mawar Rozain menarik diri daripada mendengar kes saman terhadapnya.

Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.

Pendengaran permohonan Tommy Thomas supaya Roz Mawar tarik diri ditangguh 9 Dis
Pendengaran permohonan Tommy Thomas supaya Pesuruhjaya Kehakiman Roz Mawar Rozain menarik diri daripada mendengar saman difailkan Shahrir Ab Samad ditangguh.

Saya tidak terlibat pembunuhan Altantuya - Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan terlibat dalam pembunuhan Altantuya, menegaskan beliau tidak mengenali atau mengarahkan pembunuhan itu.

Kes saman Shahrir Samad: Tommy Thomas mohon Roz Mawar tarik diri
Thomas mendakwa Roz Mawar telah membuat banyak dapatan tidak berasas serta bercanggah dengan tuntutan saman itu dan keterangan yang dikemukakan di hadapan mahkamah.

Najib mohon kerajaan halang tayangan dokumentari 'Man on the Run'
Muhammad Shafee berkata, apa yang lebih serius lagi adalah, Tommy turut membuat kesimpulan sendiri berhubung kes itu di luar mahkamah.

Laporan siasatan memoir: Tommy Thomas saman kerajaan, pasukan petugas khas
Tan Sri Tommy Thomas memfailkan saman terhadap pasukan petugas khas (STF) dan kerajaan Malaysia berhubung laporan siasatan memoirnya bertajuk "My Story: Justice In the Wilderness".

Rayuan Najib untuk kembalikan saman terhadap Tommy Thomas didengar 5 Feb
Peguam Daniel Annamalai, antara peguam yang mewakili Najib mengesahkan tarikh pendengaran rayuan itu.