KUANTAN: Polis telah mengenal pasti dalang dalam kegiatan menjual bintang dan lencana darjah kebesaran Pahang melalui platform e-dagang tanpa kebenaran.
Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata individu itu dipercayai berada di luar Pahang dan telah menghentikan jualan selepas menyedari kegiatannya dihidu pihak berkuasa.
Beliau memaklumkan perkara itu kepada pemberita pada Majlis Pelepasan Petugas Bantuan Sumber Manusia (BSM) Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kompleks Polis Diraja Malaysia (PDRM) Alor Akar di sini hari ini.
Pada 13 Julai lepas, Yahaya mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai penjualan bintang dan darjah kebesaran Pahang yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan.
Siasatan awal mendapati satu set darjah kebesaran itu dijual pada harga melebihi RM1,000.
Mengulas mengenai BSM, Yahaya berkata sebanyak 881 pegawai dan anggota dari kontinjen Pahang digerakkan untuk membantu polis Terengganu pada PRN, Sabtu ini.
Mereka akan ditempatkan di Besut, Hulu Terengganu, Dungun, Marang dan Kemaman selama lima hari bermula hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 10 2023

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata individu itu dipercayai berada di luar Pahang dan telah menghentikan jualan selepas menyedari kegiatannya dihidu pihak berkuasa. - Gambar hiasan

Jenazah Allahyarham Ishsam akan dibawa balik ke Ipoh selepas bedah siasat
Jenazah ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin akan dibawa pulang ke rumahnya di Desa Seri Ampang, Ipoh, selepas selesai urusan bedah siasat.
Kerajaan peruntuk RM869 juta untuk RMT tahun ini - Wong
Sejumlah RM869 juta diperuntukkan kerajaan untuk program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) tahun ini bagi membantu pelajar yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
PM akui prestasi Kabinet tidak sempurna
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui prestasinya ahli Kabinet tidak begitu sempurna dan masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan.
Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri ini direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.
Polis Pulau Pinang sahkan ADUN Ayer Kuning meninggal dunia petang tadi
ADUN Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, 59, meninggal dunia setelah tidak sedarkan diri selepas perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Bandaraya di George Town, Pulau Pinang pada Sabtu.

Isu peruntukan pembangkang: Tidak pernah ada syarat perlu sokong saya - PM Anwar
Anwar berkata tidak pernah ada sebarang syarat yang menetapkan Ahli Parlimen pembangkang perlu menyokong beliau bagi mendapatkan peruntukan.

Rasuah: Dua anggota penguat kuasa Pulau Pinang direman lima hari
Dua anggota penguat kuasa negeri Pulau Pinang direman lima hari kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM3,000 bagi menutup kes siasatan melibatkan kesalahan dadah.

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kakanda Sultan Pahang dahului senarai 27 penerima darjah kebesaran Pahang
Kakanda Sultan Pahang Tengku mendahului senarai 27 penerima darjah kebesaran sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang.

Tunku Azizah dahului senarai penerima darjah kebesaran Pahang
Tunku Azizah dikurniakan Darjah Kebesaran Al-Sultan Abdullah Pahang Yang Amat Mulia Peringkat Pertama Sri Setia Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah (SAAS).

Tawar darjah kebesaran Pahang palsu, Datin ditahan polis
Suspek berusia 60 tahun itu disyaki menawarkan pemberian gelaran darjah kebesaran negeri Pahang secara tidak sah di laman sosial Facebook.

Anugerah kebesaran negeri: 'Kalau ikutkan hati, nak tarik semua' - Tengku Abdullah
Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah melahirkan rasa dukacita terhadap tindakan individu yang dianugerahkan dengan darjah kebesaran Pahang terlibat dengan perbuatan yang melanggar undang-undang.