Polis mengesahkan mayat wanita yang ditemui lemas bersama anak lelakinya di persisiran Pantai Batu Feringgi, Teluk Bahang pada Rabu adalah warga tempatan yang dikenali sebagai Tan Li Gin, berusia 21 tahun dan Eonithin A/L Amarish, berusia dua tahun.
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Suprintendan Anuar Omar berkata, identiti kedua-dua mangsa dikenalpasti hasil pengecaman yang dibuat oleh waris dan suami mangsa yang kenali sebagai Amarish a/l Kumuarasen.
Menurut Anuar, kedua-dua mangsa beralamat di Taman Pantai Intan Bagan Ajam Butterworth.
Hasil bedah siasat yang dijalankan unit forensik Hospital Pulau Pinang mendapati kedua-dua mangsa meninggal dunia akibat lemas dan tiada sebarang unsur jenayah.
Sehubungan itu katanya, polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Chuah Ghee Lye sebelum itu turut mengesahkan wanita tersebut hamil 11 minggu.
Pada Rabu, mayat seorang wanita dalam keadaan terikat bersama seorang kanak-kanak ditemui terdampar di persisiran Pantai Batu Feringgi, berhadapan dengan Tropical Spice Garden, Teluk Bahang.
Mangsa berbangsa Cina itu dan anaknya berusia dua tahun ditemui oleh orang awam dalam keadaan kedua-kedua mangsa terikat satu sama lain dengan tali rafia.
Mangsa ditemui lengkap berpakaian dengan wanita dewasa memakai kemeja-T warna kelabu dan seluar pendek berwarna merah jambu, manakala kanak-kanak berkenaan memakai kemeja- T beserta seluar berwarna kelabu.
Astro Awani
Thu Mar 02 2017

Hasil bedah siasat yang dijalankan unit forensik Hospital Pulau Pinang mendapati kedua-dua mangsa meninggal dunia akibat lemas dan tiada sebarang unsur jenayah. - Foto Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Polis kenal pasti identiti mayat wanita terdampar di pantai Teluk Bahang
Polis mengesahkan mayat wanita yang ditemui lemas bersama anak lelakinya di persisiran Pantai Batu Feringgi, Teluk Bahang adalah warga tempatan yang dikenali sebagai Tan Li Gin, berusia 21 tahun.

Wanita ditemui mati terdampar bersama kanak-kanak di Teluk Bahang hamil 11 minggu
Wanita yang ditemui mati lemas bersama seorang kanak-kanak dalam keadaan terikat di pantai Teluk Bahang semalam disahkan hamil 11 minggu.