Polis telah mengenal pasti identiti tiga gadis yang mengeluarkan badan dan duduk di tingkap kereta di jalan ke Genting Highlands yang viral di laman sosial Facebook baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong ASP S. Somo berkata identiti pemilik kereta juga telah diperoleh dan pihaknya dijangka menghantar kertas siasatan ke pejabat pendakwa raya pada minggu ini untuk tindakan selanjutnya.
"Pemilik kereta bagaimanapun tidak menggunakan kereta itu pada hari berkenaan. Tetapi semua yang menaiki kereta itu pada hari kejadian telah dikenal pasti," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.
Somo berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara berbahaya.
Kes itu juga disiasat mengikut Peraturan 4A Kaedah-kaedah Kereta Motor (Tali Pinggang Keledar) 1978 kerana penumpang berkenaan tidak memakai tali pinggang keledar.
Bernama
Tue Aug 30 2016

Identiti mereka ini semua sudah dikenal pasti pihak berkuasa. - Foto sumber Facebook

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.

Ibu OKU ditahan siasatan video tular aksi bahaya kanak-kanak
Polis menahan seorang wanita OKU selepas tular sebuah rakaman memaparkan anak perempuannya yang juga kanak-kanak OKU melakukan aksi berbahaya dengan duduk di tingkap terbuka ketika kenderaan bergerak.

Tiada laporan kes lima individu hampir dilanggar pacuan empat roda
Pihak polis masih belum menerima laporan berkaitan insiden itu.

'Superman' tewas selepas pamer aksi bahaya di jalan raya
Ketiga-tiga pemuda itu membuat aksi 'Superman', bersaing sesama sendiri dan 'zig-zag' sebelum anggota polis bertindak mengekori mereka.

Polis kenal pasti identiti tiga gadis buat aksi bahaya
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara berbahaya.