Polis Sabah telah mengenal pasti syarikat pembalakan yang menjalankan kerja di lokasi kejadian kematian 14 ekor gajah Pygmy Borneo secara misteri di Hutan Simpan Rara, kira-kira 139km dari Tawau baru-baru ini.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata siasatan polis mendapati terdapat syarikat pembalakan di lokasi terbabit yang mempunyai pekerja dianggarkan 300 orang.
"Jabatan Siasatan Jenayah dalam proses melengkapkan siasatan...kita tahu syarikat-syarikat yang bekerja di situ," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini, hari ini.
Hamza berkata polis juga akan mengambil keterangan penduduk setempat di situ selain menganalisis kandungan air yang terdapat di sungai berhampiran.
Pada 1 Febuari lepas, polis membuka kertas siasatan kes kematian gajah itu mengikut Seksyen 429 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat kepada binatang yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun.
Hamza berkata polis juga tidak menolak kemungkinan gajah berkenaan diracun kerana keadaan perut pecah, bagaimanapun punca sebenar akan diketahui selepas menerima laporan Jabatan Kimia.
Katanya setakat ini tiada pihak tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan kes itu walaupun ganjaran sehingga RM50,000 ditawarkan.
Semalam, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun berkata siasatan mengenai kematian gajah itu diperhebat dan ganjaran tambahan sebanyak RM40,000 ditawarkan kepada pemberi maklumat hingga tertangkapnya pihak yang bertanggungjawab bagi kematian haiwan itu.
Sebelum ini, Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Sabah menawarkan ganjaran RM10,000 kepada pemberi maklumat.
Masidi juga berkata laporan kimia itu dijangka dikeluarkan Jumaat ini.
Bernama
Wed Feb 06 2013
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Trump dijangka beri ucapan secara dalam talian
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dijangka memberikan ucapan di Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland, pada Khamis.
Real Madrid jadi kelab pertama jana €1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak €1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim, menurut laporan tahunan Deloitte Football Money League yang dikeluarkan pada Khamis.
Festival Musim Bunga: 25 anak panda buat penampilan sulung
Pengenalan dua kumpulan anak panda yang dilahirkan pada 2024 itu menjadi salah satu acara bagi sambutan Festival Musim Bunga China, yang antaranya turut menggariskan warisan budaya tidak ketara dan pemuliharaan panda.
Yoon Suk Yeol hadiri perbicaraan di Mahkamah Perlembagaan
Yoon, yang dipecat dan digantung kuasa telah ditahan sejak minggu lalu sementara penyiasat menyiasat percubaaannya pada 3 Disember untuk mengisytiharkan undang-undang tentera.
Polis Vietnam tumpas sindiket ubah wang haram AS$1.2 bilion
Polis Vietnam menahan lima individu dan berjaya menumpaskan sindiket pengubahan wang haram yang membawa masuk wang jenayah bernilai sekitar AS$1.2 bilion ke dalam negara.
Gajah Borneo Sabah perlu kaedah pemuliharaan betul, agresif
Konflik manusia-hidupan liar di Sabah berada pada tahap kritikal dengan lebih 140 ekor gajah dibunuh dalam tempoh kurang 10 tahun.
Belum ada tangkapan dibuat berkaitan kematian Girang
Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuuga, berkata buat masa ini pihaknya masih menunggu laporan kimia.
Lagi gajah pygmy ditemui mati
Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuuga berkata pihaknya mengesahkan ada menerima laporan terbabit.
Gading disyaki milik bangkai gajah pygmy ditemui
Polis menemui gading yang disyaki milik bangkai gajah pygmy Borneo yang ditemui mati di sebuah ladang di Beluran, berdekatan lokasi kejadian pada Rabu.
Tidak kompromi isu kekejaman terhadap haiwan - Felda
Felda akan ambil tindakan tegas sekiranya kakitangannya dan peneroka berkenaan didapati bersalah dalam insiden itu.