Polis Terengganu kesal dengan tindakan segelintir media yang cuba mensensasikan laporan mengenai kes kematian kanak-kanak berusia dua tahun, Nursyafiqah Adawiyah Abdullah di sebuah rumah tidak berpenghuni di Seberang Paka, Dungun pada Selasa.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Terengganu ACP K. Manoharan mengingatkan semua pengamal media supaya membuat laporan yang tepat berdasarkan sumber maklumat yang sahih.
"Setakat ini, pemeriksaan fizikal yang dijalankan oleh doktor tidak menunjukkan apa-apa unsur penderaan seksual sama ada diogol atau diliwat.
"Walau bagaimanapun perakra ini belum lagi … tidak konklusif ... belum lagi dipastikan … perlu mendapat pengesahan lanjut daripada bahagian toksikologi," katanya dalam satu sidang media hari ini.
Manoharan bagaimanapun menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung bedah siasat ke atas mangsa.
"Pihak polis sama sekali tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan dnegan kecederaan yang dialami oleh si mati dan juga sama ada dia dirogol atau diliwat," tambahnya.
Pada masa sama, beliau mengulangi ketegasan pohak polis untuk mengheret ke muka pengadilan pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyebarkan gambar mangsa yang dirakamkan di tempat kejadian.
Katanya, polis masih menjalankan siastaan sumber gambar berkenaan yang tersebar melalui Facebook dan blog.
Sementara itu, jenazah Nursyafiqah selamat dikebumikan pada Rabu malam di Tanah Perkuburan Kampung Limbong, Paka.
Jenazah yang dibedah siasat di Hospital Sultanah Nur Zahirah sebelum itu dituntut oleh bapa saudaranya kira-kira pada pukul 5 petang.
Dalam pada itu, nenek mangsa Semek Hitam, 58, berdoa agar Allah membalas penjenayah yang tidak berperikemanusiaan itu dengan balasan yang setimpal.
Polis pada Selasa menahan empat individu termasuk ibu kanak-kanak itu dan teman lelakinya serta dua lelaki lain. Mereka direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mandatori gantung sampai mati.
Ibu mangsa sebelum itu pada Sabtu membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya yang didakwa diculik seorang lelaki dikenali ketika kanak-kanak itu ditinggalkan dalam sebuah kereta di depan sebuah restoran di Kuala Paka.
Menurut polis, ibu mangsa kemudian semasa disoal siasat mengaku dipaksa oleh teman lelakinya untuk membuat laporan kehilangan tersebut.
Siasatan awal polis mendapati lelaki berkenaan adalah orang terakhir yang dilihat bersama mangsa selepas dia membawa kanak-kanak itu keluar dengan keizinan ibunya pada pagi Jumaat lepas.
Astro Awani
Thu Jan 23 2014

Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Keluarga nafi masalah rumah tangga punca kanak-kanak diculik perompak
Bapa saudara mangsa, Zulkifli Shapie berkata, hubungan kakak ipar dan abangnya dalam keadaan baik.

Polis kesal tindakan media sensasikan laporan
Polis ingatkan semua pengamal media supaya membuat laporan yang tepat berdasarkan sumber maklumat yang sahih.