KUALA LUMPUR: Polis sedang mengesan dua adik-beradik lelaki berusia 16 dan 15 tahun yang dilaporkan hilang di Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam, Selangor sejak pagi Isnin lepas.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata kedua-dua remaja berkenaan dikenali sebagai Wan Azfar Fitri Wan Azhar dan adiknya Wan Azfar Zikri kali terakhir dilihat di rumah mereka di Jalan Kemudi, Taman Bernam Jaya selepas balik daripada solat subuh di surau pada pagi Isnin itu.
"Pakaian terakhir mereka ialah berbaju warna tidak pasti dan berseluar trek warna gelap, kehilangan remaja berkenaan disedari oleh ibu bapa mereka pada 6.30 pagi Isnin lepas apabila mendapati mereka tiada di rumah, difahamkan mereka keluar rumah tanpa memberitahu ibu bapa selepas pulang dari surau," katanya kepada Bernama malam ini.
Menurut Ahmad Faizal, kedua-dua ibu bapa remaja berkenaan membuat laporan polis pada 9.19 pagi keesokannya (Selasa).
Remaja terbabit juga katanya, tidak membawa sebarang dokumen pengenalan diri kerana disimpan oleh ibu mereka serta tidak mempunyai telefon bimbit.
Beliau meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dua beradik berkenaan supaya memaklumkan balai polis berhampiran atau menghubungi ibu bapa remaja itu menerusi talian 01133772289 dan 01111335305 atau pegawai penyiasat 0135547435.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 04 2024

Polis sedang mengesan dua adik-beradik lelaki berusia 16 dan 15 tahun yang dilaporkan hilang di Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam, Selangor sejak pagi Isnin lepas. - Gambar hiasan/BERNAMA

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Dua beradik hilang: Tukang urut didakwa amang seksual
Hamid Khan Samoon, 43, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim, Mohd Kafli Che Ali.

Dua beradik hilang: Seorang lelaki ditahan bantu siasatan
Polis mengesahkan telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes kehilangan dua beradik lelaki di Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam.

Polis kesan dua beradik hilang sejak Isnin
Polis sedang mengesan dua adik-beradik lelaki berusia 16 dan 15 tahun yang dilaporkan hilang di Taman Bernam Jaya, Hulu Bernam, Selangor sejak pagi Isnin lepas.

Polis kesan dua beradik disyaki hilang
Polis sedang mengesan dua beradik yang dilaporkan tidak pulang selepas keluar dari asrama secara sembunyi di sebuah sekolah di Senawang, awal pagi tadi.