SHAH ALAM: Polis sedang mengesan dua suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes langgar lari hingga maut seorang pemuda tempatan di kawasan Ambang Botanik, Klang, kira-kira jam 6 pagi Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata suspek, S. Sundar, 33, dan S. Philip Anthony, 24, disyaki melanggar mangsa berumur 32 tahun menggunakan kereta jenis BMW, sebelum menyeret mangsa lebih kurang 40 meter sebelum melarikan diri.
Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku disebabkan perselisihan faham di antara kedua-dua pihak terbabit di sebuah kafe di Bandar Botanik Klang, sebelum mereka bertindak melanggar mangsa di tempat kejadian.
"Polis dimaklumkan oleh Pegawai Perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang pada jam 2.15 petang berkenaan, seorang lelaki warga tempatan dibawa ke Bahagian Kecemasan hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 6.30 pagi, kerana dilanggar oleh kenderaan di kawasan Ambang Botanik, Klang.
"Bagaimanapun hasil pemeriksaan lanjut oleh pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu Cha berkata hasil pemeriksaan lanjut pada tubuh badan mangsa oleh pegawai perubatan mendapati, punca kematian mangsa adalah disebabkan pendarahan yang banyak akibat luka di sebelah kanan belakang kepala, luka bahagian lengan kiri, ibu jari tangan kanan dan patah tulang rusuk kiri.
Beliau berkata Unit Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian dan menjumpai beberapa barang yang boleh membantu siasatan.
Susulan daripada itu, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan membuka kertas siasatan dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
"Pihak polis meminta mana-mana pihak yang mempunyai sebarang maklumat atau mengenali suspek untuk menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-33762222 atau Pegawai Penyiasat ASP Mohd Syed Robart Syed Mohd Zain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2023
![Polis kesan dua suspek kes langgar pemuda sampai mati selepas bergaduh Polis kesan dua suspek kes langgar pemuda sampai mati selepas bergaduh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81676181216_PDRM.jpg)
Polis sedang mengesan dua suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes langgar lari hingga maut seorang pemuda tempatan di kawasan Ambang Botanik, Klang, kira-kira jam 6 pagi Ahad lalu. - Gambar hiasan/BERNAMA
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
![Polis kesan dua suspek kes langgar pemuda sampai mati selepas bergaduh Polis kesan dua suspek kes langgar pemuda sampai mati selepas bergaduh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81676181216_PDRM.jpg)
Polis kesan dua suspek kes langgar pemuda sampai mati selepas bergaduh
Polis sedang mengesan dua suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes langgar lari hingga maut seorang pemuda tempatan di kawasan Ambang Botanik, Klang, kira-kira jam 6 pagi Ahad lalu.
![Pelajar diberkas kes langgar lari Pelajar diberkas kes langgar lari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/41542553849_Buffalo.jpg)
Pelajar diberkas kes langgar lari
Renuka Ramanadhan, 20 tahun, berada dalam keadaan kritikal selepas dilanggar sebuah kereta pada 1 November lalu jam 10 malam.
![Pemandu kes langgar lari pejalan kaki perarakan Thaipusam ditahan Pemandu kes langgar lari pejalan kaki perarakan Thaipusam ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/81453548425_kemalanganBMW.jpg)
Pemandu kes langgar lari pejalan kaki perarakan Thaipusam ditahan
Suspek berusia 25 tahun itu ditahan selepas membuat laporan berhubung kemalangan itu pada jam 7.20 malam.