KUANTAN: Polis mengesan sekumpulan lelaki yang disyaki merusuh, menolak dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis serta memukul orang awam di lokasi kemalangan maut di kilometer 127 Jalan Kuala Lumpur - Kuantan, Temerloh dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mazlan Hassan berkata setakat ini, pihaknya telah menahan seorang suspek berumur 42 tahun yang mempunyai tiga rekod lampau iaitu rompak berkumpulan, mencuri dan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).
Beliau berkata tiga lelaki dipercayai menolak serta menghambur kata-kata kesat terhadap seorang anggota polis berpangkat sarjan yang ditugaskan ke tempat kejadian, manakala seorang lelaki mendakwa dipukul lima individu kerana merakam kejadian yang menimpa anggota polis itu.
"Suspek dipercayai bertindak sedemikian terhadap anggota polis yang berpakaian seragam kerana tidak berpuas hati dan beranggapan anggota itu tidak memberi bantuan kepada mangsa kemalangan, sedangkan anggota terlibat telah melakukan tindakan sewajarnya.
"Orang awam yang didakwa dipukul lima lelaki itu merupakan pengawal keselamatan yang kebetulan berada di lokasi kejadian. Insiden itu menyebabkan dia cedera di kening selain semua cermin keretanya dipecahkan," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Mazlan berkata kekecohan itu dipercayai bermula selepas sekumpulan individu dipercayai ahli keluarga dan rakan kepada seorang remaja lelaki berusia 20 tahun yang maut dalam kemalangan itu tiba di lokasi kejadian.
Mangsa yang bekerja di kedai besi buruk disahkan maut di lokasi akibat parah di kepala dan kaki kanan selepas motosikalnya dipercayai melanggar sisi sebuah kereta Perodua Myvi yang dikatakan membuat pusingan U di laluan garisan berkembar.
Pemandu kereta berusia 75 tahun itu, bagaimanapun tidak cedera dan siasatan lanjut berkaitan kemalangan itu dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Siasatan juga dilakukan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan (KK) iaitu menggunakan kekerasan jenayah bagi menakut-nakutkan penjawat awam menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang dan Seksyen 148 KK iaitu merusuh serta Seksyen 427 kanun sama kerana melakukan khianat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 07 2024

Siasatan lanjut berkaitan kemalangan itu dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Gambar hiasan

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Polis kesan kumpulan merusuh di lokasi kemalangan di Temerloh
Polis mengesan sekumpulan lelaki disyaki merusuh, menolak dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota polis serta memukul orang awam di Temerloh.