JITRA: Polis sedang mengesan seorang lelaki berusia 44 tahun disyaki penagih dan pengedar dadah yang melarikan diri daripada ditahan dalam kejadian di Kuala Jerlun, di sini petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Rodzi Abu Hassan berkata pihaknya percaya lelaki itu masih berada dalam daerah Kubang Pasu dan usaha memburunya sedang giat dijalankan.
Beliau berkata dalam kejadian pada pukul 4 petang semalam, anggota unit peronda sedang melakukan rondaan dan telah terserempak dengan sebuah kereta Honda yang dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan di kawasan itu.
"Anggota polis terbabit meminta suspek memberhentikan kenderaan untuk pemeriksaan, namun suspek bertindak memecut laju bagi meloloskan diri sehingga memasuki jalan kampung.
"Anggota polis terus mengejar suspek sehingga sejauh empat kilometer sebelum kenderaan suspek berhenti di satu kawasan apabila ada kenderaan lain yang datang dari arah bertentangan. Suspek kemudian bertindak mengundurkan keretanya hingga melanggar kenderaan polis," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Rodzi berkata dalam kejadian itu polis telah melepaskan dua das tembakan pada bahagian tayar kenderaan suspek, namun lelaki itu berjaya memandu kenderaannya meninggalkan kawasan itu.
Katanya, polis kemudian berjaya mengesan kenderaan dipandu suspek yang ditinggalkan di sebuah rumah kosong kira-kira tiga jam kemudian dan menemukan tiga peket dadah jenis syabu dan heroin, sebilah pisau, serta peralatan menghisap dadah di dalam kenderaan tersebut.
"Suspek yang juga penagih dan pengedar dadah sudah dikenal pasti melalui cap jari, dan kita akan buat tangkapan dalam masa terdekat, kemungkinan besar dia dibawah pengaruh dadah sehingga bertindak agresif," katanya.
Semalam, video yang memaparkan sebuah kenderaan polis mengejar kenderaan suspek itu di satu kawasan kampung dan sawah padi tular di media sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 17 2022
![Polis kesan lelaki larikan diri daripada ditahan di Kuala Jerlun Polis kesan lelaki larikan diri daripada ditahan di Kuala Jerlun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646142439_PDRM.jpg)
Polis percaya lelaki itu masih berada dalam daerah Kubang Pasu dan usaha memburunya sedang giat dijalankan.- Gambar hiasan
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Polis buru lelaki paut belakang treler bergerak Polis buru lelaki paut belakang treler bergerak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41708143269_lelakipautbelakang.jpg)
Polis buru lelaki paut belakang treler bergerak
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang melakukan aksi berbahaya dengan berpaut pada belakang sebuah treler bergerak atas lebuh raya.
![Lelaki bakar rumah diburu polis Lelaki bakar rumah diburu polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652345135_PDRM.jpg)
Lelaki bakar rumah diburu polis
Seorang lelaki yang dipercayai penagih dadah diburu polis kerana disyaki membakar sebuah rumah di Kampung Keruak di Hulu Besut semalam.
![Polis kesan lelaki larikan diri daripada ditahan di Kuala Jerlun Polis kesan lelaki larikan diri daripada ditahan di Kuala Jerlun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/41646142439_PDRM.jpg)
Polis kesan lelaki larikan diri daripada ditahan di Kuala Jerlun
Polis percaya lelaki itu masih berada dalam daerah Kubang Pasu dan usaha memburunya sedang giat dijalankan.
![Polis cari lelaki dipercayai panah anjing sehingga mati Polis cari lelaki dipercayai panah anjing sehingga mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41615704374_memanahseekoranjin.jpg)
Polis cari lelaki dipercayai panah anjing sehingga mati
Kelihatan imej suspek melakukan aksi panah muncul dalam kamera CCTV dan senjata yang digunakan ialah busar panah dan anak panah.
![Polis cari empat individu bantu kes rogol di Kota Bharu Polis cari empat individu bantu kes rogol di Kota Bharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/61577177944_TBROGOL.jpg)
Polis cari empat individu bantu kes rogol di Kota Bharu
Keempat-empat individu tersebut dipercayai dapat membantu menyelesaikan kes jenayah rogol melibatkan tahun 2009, 2014 dan dua kes pada 2018.
![Polis buru lelaki curi tabung derma pusat tahfiz, rumah anak yatim Polis buru lelaki curi tabung derma pusat tahfiz, rumah anak yatim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-01/81484831136_TabungDerma.jpg)
Polis buru lelaki curi tabung derma pusat tahfiz, rumah anak yatim
Kehilangan tabung itu disedari pemilik restoran itu pada kira-kira 1.30 tengah hari sebaik sampai di premis yang beroperasi bermula 12 tengah hari hingga lewat malam.