BUTTERWORTH: Kehadiran luar jangka orang ramai ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Dato’ Haji Ahmad Badawi di sini, menyebabkan berlaku kesesakan sehingga ada yang dikesan mengabaikan penjarakan fizikal.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, insiden itu berlaku semasa Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (Movak) membabitkan golongan penjaja.
Noorzainy berkata sebaik mendapat aduan, beliau telah mengarahkan anggota dari Balai Polis Butterworth bersama polis bantuan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengawal kesesakan berkenaan.
"Tindakan telah diambil oleh anggota bertugas dan kita sudah memberi arahan supaya penjaja beratur dengan mengamalkan penjarakan fizikal dan patuh pada SOP yang ditetapkan.
"Difahamkan program ini akan berlangsung sehingga esok dan kita menasihati penjaja yang terlibat dapat merancang kehadiran terlebih dahulu supaya dapat mengelak kesesakan.
"Kita harap mereka boleh mematuhi arahan yang dikeluarkan petugas-petugas di PPV dan kita tidak mahu kejadian seumpama ini berulang," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.
Terdahulu tular di media sosial kesesakan yang berlaku di PPV berkenaan apabila terdapat ramai penjaja beratur untuk mendapat suntikan vaksin dalam program berkenaan.
Dalam pada itu, Noorzainy berkata, polis menasihati orang awam supaya tidak lagi menularkan kejadian yang boleh menimbulkan kegusaran dan kebimbangan masyarakat setempat.
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Sep 01 2021
![Polis kesan pelanggaran SOP ketika Movak di PPV Dewan Dato' Haji Ahmad Badawi Polis kesan pelanggaran SOP ketika Movak di PPV Dewan Dato' Haji Ahmad Badawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/41630508561_SOP.jpg)
Insiden itu berlaku semasa Program Mobilisasi Vaksin Komuniti (Movak) membabitkan golongan penjaja. - Gambar/ PDRM
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
Latvia henti kebergantungan grid elektrik Rusia
Latvia antara tiga negara baltik yang terbaharu mengambil keputusan dramatik memutuskan hubungan serta kebergantungan dengan grid kuasa elektrik dengan Rusia pada Sabtu. Pelan itu adalah sebagai sebahagian dari rancangan Latvia untuk memacu keselamatan dan mengintegrasikan hubungan dengan negara-negara dibawah Kesatuan Eropah (EU).
![Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739031607_TembakSetiaCityM.jpg)
Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.
[TERKINI] Polis sahkan kejadian tembakan di pusat membeli belah
Ratusan pengunjung yang sedang berada di dalam sebuah pusat beli-belah di Shah Alam berada dalam keadan cemas apabila dipercayai berlaku satu insiden tembak-menembak di lokasi berkenaan.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
Berdasarkan video yang tular, difahamkan pekerja premis pusat beli-belah itu telah membuat keputusan untuk menutup sementara pintu gulung (roll shutter) premis itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 8 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738916821_GazaPalestineHam.jpg)
Angka korban di seluruh Gaza meningkat kepada 48,181, lebih 111,630 cedera
Dalam tempoh 48 jam lepas sahaja, 26 lagi rakyat Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk 22 mayat yang ditemukan daripada runtuhan.
Tumpuan Ahad – 9 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (8 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Parti pimpinan Modi dijangka takluk New Delhi
Parti Perdana Menteri India Narendra Modi Bharatiya Janata Party (BJP), dijangka memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya dewan perundangan tempatan di Delhi. Trend pengiraan undi pada Sabtu menunjukkan BJP memenangi lebih daripada 45 kerusi dalam dewan perundangan 70 anggota, mengatasi Aam Aadmi Party (AAP) yang dipimpin bekas Ketua Menteri Delhi Arvind Kejriwal.
![MOVAK mudahkan warga emas, pesakit komorbid terima vaksin MOVAK mudahkan warga emas, pesakit komorbid terima vaksin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51627140262_TBvaksin.jpg)
MOVAK mudahkan warga emas, pesakit komorbid terima vaksin
Kebanyakan penerima vaksin di bawah MOVAK berpuas hati dengan proses pemberian suntikan dos pertama yang dilaksanakan di Dewan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dekat Teluk Bahang.
![PPV bergerak guna 25 bas khas diperluas ke seluruh Semenanjung PPV bergerak guna 25 bas khas diperluas ke seluruh Semenanjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71626510379_MenteriPerpaduanNe.jpg)
PPV bergerak guna 25 bas khas diperluas ke seluruh Semenanjung
Unit Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bergerak menggunakan 25 bas khas akan diperluaskan ke seluruh Semenanjung Malaysia secara berperingkat menerusi program Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK).
![200,000 penduduk PPR Selangor bakal terima vaksin menerusi program MOVAK 200,000 penduduk PPR Selangor bakal terima vaksin menerusi program MOVAK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/81625921052_ZuraidaMOVAK.jpg)
200,000 penduduk PPR Selangor bakal terima vaksin menerusi program MOVAK
Kira-kira 200,000 penduduk PPR dan perumahan kos rendah di Selangor bakal menerima suntikan vaksin COVID-19 menerusi program MOVAK dalam masa terdekat.
![KPN lancar MOVAK untuk percepat pemberian vaksin di pinggir dan luar bandar KPN lancar MOVAK untuk percepat pemberian vaksin di pinggir dan luar bandar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/51624104965_MOVAKKementerianP.jpg)
KPN lancar MOVAK untuk percepat pemberian vaksin di pinggir dan luar bandar
MOVAK dilaksana dengan tiga unit gerak kerja dengan fungsi berbeza.