BENTONG: Polis berjaya mengesan pemandu dan treler susulan kejadian tayar kira-kira 30 kenderaan pancit di Lebuhraya Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) pada Isnin hingga tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, pemandu treler berusia 27 tahun dikesan pada Rabu dan hadir ke pejabat trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong pada Khamis untuk diambil rakaman percakapan.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati pada hari kejadian sebuah treler membawa muatan besi skrap dari Balakong, Selangor menuju ke Gebeng, Kuantan dipercayai menyebabkan beberapa serpihan besi jatuh ke atas jalan.
"Dalam kejadian ini, tiada sebarang kecederaan kepada pemandu atau penumpang kenderaan yang terlibat, kebanyakannya mengalami kerosakan tayar pancit, " katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Menurut beliau, pihak polis turut menerima dua laporan berhubung kejadian ini iaitu dari seorang lelaki berusia 30 tahun dan juga pegawai peronda LPT berusia 44 tahun.
"Kes ini disiasat di bawah Peraturan 19 LN 166/59," katanya.
Dalam pada itu, Zaiham memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.
"Polis menasihatkan semua pemilik kenderaan yang membawa muatan agar mengikut had ditetapkan dan memastikan muatan tersebut tidak membahayakan kepada pengguna lain," katanya.
Sebelum ini, dalam kejadian kira-kira jam 10.40 malam, pihak konsesi lebuh raya telah mengesan beberapa kenderaan membuat aduan kerosakan tayar pancit akibat melanggar objek besi tajam di atas jalan di laluan terbabit. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri May 03 2024

Zaiham memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan. - Foto Facebook/Polis Bentong

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Lebuh Raya Lingkaran Tengah Utama siap 63.35 peratus - Alexander
Sebanyak 63.35 peratus daripada hampir 300 km laluan LTU yang menghubungkan persimpangan LPT di Bentong, Pahang dengan Kuala Krai, Kelantan telah siap.

Lagi harimau belang mati dilanggar
Seekor harimau belang jantan dewasa dilaporkan mati akibat dilanggar kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Kilometer 50.8 arah Kuala Lumpur pada Khamis.

Polis kesan pemandu treler sebabkan serpihan besi jatuh di LPT
Polis memohon kerjasama mana-mana pihak yang melihat kejadian tersebut untuk tampil bagi membantu siasatan.

Pekerja p-hailing buat aksi ala 'Superman' didakwa
Seorang pekerja p-hailing mengaku tidak bersalah selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh atas kesalahan menunggang secara melulu dan berbahaya di LPT.

Tanah mendap: ANIH aktifkan laluan kontra ke Kuala Lumpur
Pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) ANIH Berhad mengaktifkan laluan kontra di lokasi tanah mendap yang berlaku sebelum ini, bermula 10 pagi tadi.

Exco Terengganu, ADUN Chukai, 3 individu terselamat kemalangan di LPT1
Hanafiah Mat bersama tiga individu lain terselamat selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat kemalangan di Kilometer 127.7 Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT 1), pada petang Rabu.

Aidilfitri: Ramai balik beraya, aliran trafik ke Pantai Timur sesak
Aliran trafik dari Plaza Tol Gombak ke Pantai Timur mula sesak berikutan orang ramai yang mula pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Guna LPT, Lebuh Raya Timur Barat elak kesesakan di Gua Musang - Polis
Pihak polis telah bersedia menghadapi pertambahan jumlah kenderaan dalam tempoh dua hingga tiga hari sebelum hari raya.

Pemandu cedera, treler jatuh gaung 15 meter di LPT
Seorang lelaki cedera selepas lori yang dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 15 meter di Kilometer 42.3 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) hala Timur pada Ahad.

Tiga cedera kereta terbabas dalam gaung di LPT 1
Kemalangan melibatkan sebuah Toyota Avanza yang terbabas ke dalam gaung sedalam lima meter.