SHAH ALAM: Polis Shah Alam meminta kerjasama orang awam untuk menyalurkan maklumat berkenaan seorang suspek yang dipercayai lelaki warganegara India, susulan penemuan mayat seorang wanita tempatan di Taman Sri Muda, Seksyen 25, dekat sini, 26 Julai lepas.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kes ASP Mohd Hamizi Abu Bakar di talian 012-3920076 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di talian 03-55202222.
Baharudin berkata suspek yang dikehendaki bagi membantu siasatan, telah dikenal pasti berdasarkan pemeriksaan kamera litar tertutup di lokasi kejadian.
"Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada 26 Julai, pihak polis dimaklumkan menerusi panggilan telefon daripada orang awam mengenai penemuan mayat seorang wanita tempatan di belakang deretan kedai di Jalan Damai 25/60, Taman Sri Muda, dekat sini, pada 7.06 pagi.
"Mangsa dipercayai berusia lingkungan 60-an dan terdapat kecederaan di bahagian muka dan kepala," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 06 2021

Baharudin berkata suspek yang dikehendaki bagi membantu siasatan, telah dikenal pasti berdasarkan pemeriksaan kamera litar tertutup di lokasi kejadian. - Gambar fail

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Telefon bimbit Zalina Azman kali terakhir dikesan aktif pada 20 Nov
Kali terakhir telefon bimbit bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman atau dikenali sebagai Zalina Azman dikesan aktif adalah pada 20 Nov tahun lepas, empat hari sebelum an

Warga emas ditipu 'love scam', rugi RM1.6 juta
Wanita berusia 62 tahun itu membuat beberapa transaksi pemindahan wang berjumlah RM450,000 bagi setiap transaksi.

Bayi perempuan ditemui berhampiran Klinik Kesihatan Shah Alam
Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat dijumpai oleh orang awam di sebuah hentian bas berhadapan Klinik Kesihatan Seksyen 7 di Shah Alam hari ini.