SEREMBAN: Polis sedang mengesan seorang wanita yang melarikan seutas gelang emas bernilai anggaran RM10,000 dalam kejadian di sebuah kedai emas di Pekan Kuala Pilah, Kuala Pilah, dekat sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Amran Mohd Ghani berkata pihaknya menerima laporan polis daripada jurujual kedai berkenaan pada pukul 8.18 malam tadi.
"Dalam kejadian kira-kira 3.45 petang itu, seorang wanita berusia dalam lingkungan 30an telah melarikan seutas gelang tangan emas seberat 36.76 gram.
"Wanita itu telah dibantu oleh seorang lelaki yang menaiki sebuah motosikal jenis Yamaha NVX warna merah tanpa nombor pendaftaran untuk melarikan diri selepas kejadian terbabit," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan polis kini sedang memburu suspek.
Amran berkata anggota masyarakat yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah di talian 06-4842999 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Terdahulu, visual wajah suspek yang dirakam kamera litar tertutup (CCTV) telah tular di Facebook.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 09 2022

Polis sedang mengesan seorang wanita yang melarikan seutas gelang emas bernilai anggaran RM10,000 dalam kejadian di sebuah kedai emas di Pekan Kuala Pilah, Kuala Pilah, dekat sini, semalam. - Gambar hiasan

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Kes bunuh Norshamira: Polis tahan pekerja pajak gadai untuk bantu siasatan
Lelaki berusia 42 tahun itu ditahan sepasukan polis di tempat kerjanya di sebuah kedai pajak gadai pada 10.30 pagi semalam.

Wanita Kelantan derma rantai, gelang emas demi Palestin
Projek pertama kali dilancarkan itu menandakan kecaknaan rakyat Kelantan terhadap nasib rakyat Palestin yang merentas agama, kaum dan keturunan.

Wanita cermin mata hitam larikan dua gelang emas
Dalam kejadian lebih kurang jam 12.45 tengah hari, mangsa didatangi suspek berbaju coklat dan memakai cermin mata hitam.

Gelang emas hilang 20 tahun ditemui semula
Gelang emas seberat 19.53 gram itu dipercayai milik penghuni rumah terdahulu yang sudah lama meninggalkan kediaman berkenaan.

Rompak, cederakan warga emas, pekebun dipenjara lapan tahun
Seorang pekebun kelapa sawit dihukum penjara lapan tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen, selepas mengaku bersalah merompak gelang tangan dan mencederakan seorang warga emas.

"InsyaAllah tak hilang"- Ini tip supaya gelang emas tak tercicir waktu Raya!
Kalau barang kemas berupa emas ini tercicir memang orang kata menangis tak berlagu!

Polis kesan wanita larikan gelang emas bernilai RM10,000
Polis sedang mengesan seorang wanita yang melarikan seutas gelang emas bernilai anggaran RM10,000 dalam kejadian di sebuah kedai emas di Pekan Kuala Pilah, Kuala Pilah, dekat sini, semalam.

Wanita rugi RM8,100 terpedaya beli emas di media sosial
Mangsa berusia 35 tahun itu mendakwa telah terpedaya membeli seutas gelang tangan berharga RM4,600 seberat 21 gram yang diiklankan di media sosial Facebook, pada 10 Dis lepas.