IPOH: Polis sedang mengesan warganegara asing bagi membantu siasatan video tular yang memaparkan seorang polis trafik didakwa mengambil RM100 daripada dua pelancong asing dengan alasan menjelaskan saman bagi kesalahan memandu melebihi had laju.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, setakat ini difahamkan pasangan pelancong berkenaan telah berada di luar Malaysia
Menurutnya, siasatan kes tersebut akan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman.
“Kita akan mengkaji daripada pelbagai aspek, daripada masa, tempat, tarikh kejadian itu berlaku.
“Jadi saya serahkan kepada pihak Bukit Aman dan juga kita akan menunggu arahan dari Bukit Aman untuk siasatan seterusnya.
“Pihak Bukit Aman telah meminta saya untuk menyerahkan kepada mereka dahulu, untuk mereka membuat siasatan dulu kerana kita nak menentukan di kawasan mana sebenarnya yang didakwa oleh pelancong ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Saringan Kesihatan di Pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, hari ini.
Pada Ahad, media melaporkan Polis Bukit Aman sedang menyiasat video tular yang memaparkan seorang polis trafik didakwa mengambil RM100 daripada dua pelancong asing dengan alasan menjelaskan saman bagi kesalahan memandu melebihi had laju.
Terdahulu, menerusi video berdurasi 50 saat yang tersebar di platform X itu, pasangan pelancong dari United Kingdom tersebut disaman oleh polis trafik kerana didakwa memandu melebihi had laju.
Apabila ditanya apa yang perlu dilakukan mereka, polis berkenaan memberitahu mereka boleh menjelaskan saman RM300 di balai polis berdekatan atau membayar RM100 kepadanya di lokasi itu.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Jan 29 2024
Mohd Yusri berkata, setakat ini difahamkan pasangan pelancong berkenaan telah berada di luar Malaysia. - Astro AWANI
15 panggilan daripada telefon pengadu kepada telefon Ebit Lew - Saksi
Seorang saksi perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit Lew, memberitahu bahawa telefon milik pengadu telah membuat 15 panggilan telefon kepada nombor telefon milik pendakwah tersebut.
Dua keldai akaun ditahan, mangsa kerugian lebih RM78,000
Polis hari ini menahan seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan sehingga menyebabkan dua mangsa kerugian lebih RM78,000.
'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Khairunnisa kuasai scratch elit wanita
Pelumba berbasikal trek pelapis wanita negara Khairunnisa Aleeya Saifulnizam mempamerkan kayuhan bertenaga untuk memenangi perlumbaan scratch elit wanita pada Siri Trek ASEAN (Piala Presiden).
Gagal terbangkan jemaah umrah, pasangan pemilik syarikat pelancongan ditahan
Pasangan suami isteri yang merupakan pemilik sebuah syarikat pelancongan ditahan di Kuala Lumpur 7 malam tadi susulan dakwaan gagal menerbangkan jemaah umrah semalam.
JKDM rampas rokok putih seludup bernilai RM5.84 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) merampas 4.5 juta batang rokok putih disyaki rokok seludup bernilai RM5.84 juta termasuk cukai yang disembunyikan dalam sebuah kontena berisi pakaian terpakai.
Anwar jumpa Keir Starmer, penyelesaian isu Palestin antara perbincangan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan mesyuarat dua hala bersama Perdana Menteri United Kingdom (UK), Keir Stammer yang berlangsung hari ini sebagai pertemuan yang baik.
SC akan lancarkan set peralatan bantu syarikat tersenarai penuh pematuhan NSRF
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bimbang terhadap keupayaan syarikat tersenarai dalam "Kumpulan 2" dan "Kumpulan 3" untuk mematuhi Rangka Kerja Pelaporan Kelestarian Kebangsaan (NSRF).
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Video tular: Sumbat kucing hidup-hidup dalam guni
Polis menjalankan siasatan berkaitan tindakan sekumpulan individu di kawasan Pangsapuri Batu 9, Cheras yang didakwa menangkap beberapa ekor kucing sebelum memasukkannya ke dalam guni.
Murid dihukum belajar atas lantai kerana tak bayar yuran sekolah
MA 'dihukum' oleh guru kelasnya kerana mempunyai tunggakan yuran sekolah selama tiga bulan.
Tindakan Ronaldo tular, terima pujian peminat
TINDAKAN Cristiano Ronaldo sekali lagi menjadi tumpuan dengan sikap terpujinya ketika menghadiri Anugerah Bola Sepak Globe di Dubai baru-baru ini.
Dakwaan rasuah: Masidi Manjun tetap fokus jalankan tanggungjawab kepada rakyat
Masidi berkata beliau memilih untuk memberi fokus kepada tugasan dan tanggungjawabnya.
Lelaki maut ditembak ketika makan di restoran
Seorang lelaki maut dipercayai ditembak ketika sedang menjamu selera bersama rakan-rakan di sebuah restoran di Taman Setia Indah, Johor.
Kekecohan di WTKL: Duta Palestin kesal, insiden tak cermin etika sebenar rakyat
Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali melahirkan rasa kesal yang mendalam terhadap kekecohan yang berlaku di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL).
Pandu secara berbahaya berhampiran sekolah, pemandu lori serah diri
Lelaki berusia 65 tahun itu tampil ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Seremban jam 6.20 petang selepas dua jam pengguna jalan raya memuat naik video berkenaan di media sosial.
Polis siasat kumpulan berpakaian istiadat pasukan beruniform
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta tampil membantu siasatan.
Dakwaan sebar risalah Kristian, tiga individu termasuk warga asing diambil keterangan
Tiga individu termasuk dua warga asing dipanggil untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menyebar risalah agama Kristian di hadapan sebuah pasar raya di Desa Setapak.
Lelaki alami gangguan mental ceroboh masjid
Seorang lelaki disyaki mengalami gangguan mental dilaporkan menceroboh sebuah masjid di Taman Tun Dr Ismail, di sini, awal pagi Rabu.