Bagi memudahkan rondaan cegah jenayah lebih efektif, Polis Kuala Lumpur hari ini melancarkan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) "Team Ninja" untuk bertindak lebih efisyen dan pantas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pasukan berkenaan terdiri daripada 52 pegawai dan anggota yang akan menggunakan motosikal jenis Kawasaki Scrambler KLX 250 bagi melakukan rondaan secara bergilir-gilir setiap hari.
Team Ninja beroperasi di kawasan panas yang sering berlaku kes jenayah termasuk di kawasan perumahan, pusat perniagaan, kawasan perindustrian, taman rekreasi dan sekolah.
"Kadang-kadang URB sedia ada tidak boleh masuk tempat sempit-sempit atau lorong... Team Ninja gunakan scrambler ia lebih ringan dan mudah untuk kejar penjenayah," katanya selepas melancarkan "Team Ninja" di Jalan Esfahan,di sini, hari ini.
Pada majlis itu, Mazlan turut melancarkan Ops Selamat ke-13 sempena perayaan Aidilfitri peringkat Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan mengagihkan kira-kira 100 bungkusan juadah berbuka kepada orang awam termasuk pasukan petugas terdiri daripada anggota polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam.
Mengenai Ops Selamat, beliau berkata seramai 199 anggota trafik termasuk 14 pegawai akan ditempatkan di 10 lokasi bagi mengurangkan risiko kemalangan berlaku.
Sepuluh lokasi berkenaan ialah Jalan Kepong, Jalan Tun Razak, Jalan Ipoh, Jalan Kuching, Jalan Ampang, Lebuhraya Seremban, Jalan Sentul, Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Jalan Connought dan Jalan Sungai Besi.
Sejumlah 270 anggota URB akan bertugas pada Ops Selamat di kawasan-kawasan perumahan termasuk kawasan perniagaan, kawasan perindustrian, taman rekreasi dan sekolah.
Dalam pada itu, Mazlan menasihatkan orang ramai berhenti menyebarkan berita palsu dan fitnah yang boleh menggugat ketenteraman awam.
"Perkara ini makin menjadi-jadi... sebagai contoh penyebaran berita palsu melibatkan institusi diraja atau kerajaan. Ia menjadi masalah dan boleh menimbulkan keadaan yang tidak harmoni," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 08 2018

Mazlan melakukan pelepasan URB pada majlis pelancaran Ops Selamat Ke-13 Sempena Aidilfitri 2018 Peringkat Kontinjen Kuala Lumpur di perkarangan pusat beli-belah Sogo, hari ini. --fotoBERNAMA

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.

Pempengaruh Malaysia mohon maaf, mengaku hanya lakonan
Pempengaruh Malaysia, Ammar Mohd Nazhan dan Aras pada Jumaat, tampil membuat permohonan maaf berhubung penghasilan kandungan media sosial mendakwa kehilangan teman mereka di Kota Bandung.

Polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia buat cerita palsu
Pempengaruh Malaysia, Ammar Mohd Nzahan dan Aras yang menghasilkan kandungan media sosial di Kota Bandung, Jawa Barat, Indonesia, rupanya berlakon mengenai kehilangan teman mereka di sebuah hutan.

Kerajaan disaran perkenal hukuman tegas atasi fitnah dalam batas dibenarkan undang-undang
Wan Ahmad Fauzi turut mencadangkan agar pendidikan mengenai bahaya fitnah dapat diterapkan pada peringkat awal, terutamanya dalam kalangan generasi muda.

Kerajaan lancar Chatbot AIFA, perangi maklumat palsu
Ia bertujuan memerangi maklumat palsu dan berfungsi sebagai platform untuk rakyat semak berita yang tidak ditentusahkan dalam talian.

Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar
TNB Careline memaklumkan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan meminta orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan.

Pendekatan komprehensif antara pemain media dan pihak berkuasa depani salah guna AI - Ashwad Ismail
Pendekatan komprehensif di antara kerajaan, pemain industri media serta pihak berkuasa perlu digerakkan bagi mendepani risiko penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) terutamanya berkaitan peny

LHDN tidak pernah hantar pautan status bayaran balik melalui portal MyTax
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak pernah menghantar sebarang pautan kepada pembayar cukai berkaitan status bayaran balik melalui portal MyTax, menurut agensi pentadbir cukai itu.

Kerap 'disajikan' unsur negatif di media sosial cetus masyarakat pemikiran jumud - Pakar
Perkembangan teknologi sepatutnya melahirkan masyarakat intelektual namun ia boleh jadi sebaliknya jika pengguna media sosial gagal menapis bahan negatif yang terdapat dalam rangkaian internet.

Media sosial Barat banyak temberang, hapuskan aplikasi mereka - Duta BRICS
Nasser berkata, untuk melemahkan doktrin Barat, perlu hapuskan aplikasi ciptaan mereka dan sokong media baharu yang adil dalam pelaporan.