Polis mengklasifikasikan kematian Penolong Kanan Pentadbir Tanah Bahagian Pengambilan Tanah di Pejabat Tanah Daerah Kuala Terengganu, Wan Hariff Rafany Wan Muda yang ditemui terapung di sungai berhampiran Kampung Tajin, Hulu Terengganu sebagai mati mengejut.
Ia berdasarkan laporan bedah siasat ke atas mayat mangsa yang menunjukkan tiada sebarang kesan kecederaan samada luaran atau dalaman.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K.Manoharan berkata, pihaknya sedang menunggu laporan toksikologi serta sudah mengambil keterangan pelbagai pihak termasuk keluarga serta rakan mangsa.
Menurutnya, setakat ini tiada unsur mencurigakan dan pihaknya akan berusaha melengkapkan siasatan dengan segera.
"Satu pasukan khas telah ditubuh untuk melengkapkan siasatan dengan segera dan sebaik sahaja siasatan selesai kita akan edar kepada timbalan pendakwaraya dengan cadangan supaya satu inkues dijalankan. Buat masa sekarang kita akan lengkapkan siasatan untuk adakan satu inkues," kata beliau.
Dalam kejadian semalam, mayat Wan Hariff Rafany Wan Muda, 35, tahun ditemui sekumpulan pemancing kira-kira jam 10.30 pagi terapung di sungai berhampiran Kampung Tajin, Hulu Terengganu.
Mangsa berpakaian lengkap dengan baju T berwarna jingga dan berseluar sukan.
Polis turut menemui kunci kereta jenis Audi A4 dalam poket seluar mangsa.
Berdasarkan laporan polis yang dibuat isterinya, Wan Hariff dikatakan meninggalkan rumah mereka di kuarters kerajaan di Kuala Ibai di Kuala Terengganu kira kira jam 6 pagi pada Jumaat.
Kira-kira jam 9.30 malam pada hari sama, kereta Audi A4 milik mangsa ditemui di hadapan loji Air Syarikat Air Terengganu di kampung Gaung, Kuala Berang, Hulu Terengganu .
Kereta yang berkunci dibuka dengan bantuan ahli keluarga mangsa sebelum dibawa ke ibu pejabat polis.
Astro Awani
Tue Feb 18 2014

PAC syor keperluan gabung MPN dengan badan pemikir lain
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan kerajaan melihat keperluan penggabungan atau kerjasama strategik antara Majlis Profesor Negara (MPN) dengan badan pemikir lain di negara ini seperti Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) serta agensi lain berkaitan.

Raja Salman luluskan pengedaran 1.2 juta naskhah al-Quran untuk Ramadan
Naskhah yang diedar disifatkan sebagai antara edisi terbaik dan dihasilkan dengan sangat teliti, mencerminkan dedikasi kepimpinan Arab Saudi.
MOTAC gantung lesen syarikat umrah Hejira Travel And Tours
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd kerana didapati melakukan pelanggaran terhadap Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
Pelanggaran polisi punca akaun TikTok media tempatan digantung
TikTok memaklumkan keputusan menggantung akaun milik media tempatan secara kekal, dibuat selepas semua agensi terbabit dikenal pasti melanggar polisi keselamatan berkaitan remaja di platform itu.

Sabah catat kunjungan 3.14 juta pelancong tahun lepas
Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 20.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Indonesia dan Apple meterai perjanjian, buka laluan untuk jualan iPhone 16
Menteri Perindustrian Agus Gumiwang Kartasasmita berkata perjanjian itu satu pencapaian penting selepas 5 bulan rundingan yang mencabar.
Tumpuan Khamis – 27 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Sanusi mohon maaf kepada Amirudin, saman RM10 juta selesai
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu berhubung kes saman fitnah RM10 juta berkaitan kenyataan mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).

Mayat lelaki ditemukan terapung selepas tiga hari SAR
Mayat mangsa telah diserahkan kepada Hospital Machang untuk tindakan selanjutnya dan kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.

Mayat wanita ditemukan terapung di lombong
JBPM Perak menerima panggilan dari polis bagi membantu mengambil mayat tersebut pada 9.13 pagi.

Lelaki lemas jatuh laut ketika memancing di Pantai Bagan Lalang
Siasatan mendapati kejadian berlaku ketika mangsa yang merupakan lelaki warga tempatan berumur 27 tahun itu sedang memancing.

Mayat lelaki ditemukan terapung di perairan Tanjung Tuan
Mohd Khairi berkata pusat operasi menerima maklumat berkaitan penemuan itu daripada pemancing di kawasan perairan berkenaan.

Mayat wanita warga emas ditemukan terapung di Sungai Baron
Mayat seorang wanita warga emas ditemukan terapung tanpa pakaian di tebing Sungai Baron, Sarikei hari ini.

Pemancing udang jumpa mayat terapung di sungai
BBP Lutong menerima panggilan daripada Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin yang memaklumkan tentang penemuan mayat itu.

Mayat lelaki ditemukan terapung di kunci air
Pemeriksaan pihak Forensik Selangor ke atas badan mangsa mendapati tiada kesan pergelutan dan lain-lain kecederaan pada tubuh badan yang boleh menyebabkan kematian.

Mayat wanita ditemukan terapung di lombong
Mayat seorang wanita yang dipercayai baru meninggal dunia ditemukan terapung di permukaan tepi lombong di Lombong Bandar Lahat Mines di sini hari ini.

Mayat lelaki ditemukan terapung di Taman Tasik Shah Alam
Siasatan awal tidak menemukan sebarang dokumen pengenalan diri dan lelaki itu disyaki warganegara asing.

Mayat tanpa identiti ditemui terapung dekat jeti
Maritim Malaysia Perak menemukan satu mayat terapung berhampiran Jeti Zon Maritim Kuala Kurau di Parit Buntar pada Sabtu.