Polis telah menahan seramai 55 orang yang dipercayai terlibat dengan aktiviti peminjaman wang tanpa lesen atau along di sekitar daerah ini pada tahun lalu.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Noor Yusof Ali berkata daripada jumlah itu, 15 orang telah dihadapkan ke mahkamah.
"Mereka yang ditahan bukan sahaja terdiri daripada pihak yang memberikan perkhidmatan pinjaman wang tanpa lesen, tetapi juga mereka yang membantu mempromosikan kegiatan tersebut seperti mengedarkan risalah serta menggantung sepanduk.
"Individu atau syarikat yang memberikan pinjaman tanpa lesen boleh dituduh di bawah Seksyen 5 (2) Akta Pemberi Pinjam Wang manakala mereka yang mempromosikannya pula akan didakwa bersubahat," katanya kepada pemberita selepas Operasi Turun Sepanduk Along sekitar bandar ini hari ini.
Operasi yang disertai tiga pegawai dan lapan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan itu berjaya menurunkan 3,500 keping sepanduk yang digantung di tempat awam seperti lampu serta premis.
Turut membantu dalam operasi hari ini kakitangan Majlis Perbandaran Kuantan.
Mohd Noor berkata selain membanteras aktiviti promosi melalui sepanduk dan pengedaran risalah, usaha turut ditumpukan kepada pencegahan promosi menerusi laman sosial dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 19 2018
![Polis Kuantan cekup 55 individu terlibat kegiatan along tahun lalu Polis Kuantan cekup 55 individu terlibat kegiatan along tahun lalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/81516356317_AhlongMPK.jpg)
Dua anggota MPK mengumpul poster iklan syarikat kewangan haram Ah Long yang berjaya dicabut pada Operasi Turun Sepanduk Ah Long di sekitar bandar Kuantan hari ini. --fotoBERNAMA
![Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738906492_PembantuKedaiMakan.jpg)
Pembantu kedai makan mengaku bersalah tinggalkan bayi perempuan di kedai makan
Seorang pembantu kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan meninggalkan bayi perempuannya di sebuah kedai makan di Sanglang, dekat sini pada 19 Jan.
AWANI Ringkas: Istana Negara sahkan baginda jalani rawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738906276_mindef.jpg)
ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo
ATM menerusi Markas Angkatan Bersama akan terus memantau situasi dan mengambil langkah sewajarnya, bagi memastikan keselamatan anggotanya di Republik Demokratik Congo (DRC).
Kemunculan AI baharu jadikan Malaysia hab pusat data neutral - Tengku Zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata kemunculan teknologi AI yang pelbagai ini membolehkan Malaysia menjadi pusat data yang neutral untuk syarikat AI dari Barat dan Timur seperti China.
Pantau Belanjawan: ASEAN Kita: Timor Leste | Bridging the final gap to membership
Tune in to ASEAN Kita for an engaging conversation with Dr. Azmi Hassan, Geostrategist, exploring Timor-Leste’s road to full ASEAN membership, the obstacles in its path, and the broader implications for the region’s future.
![Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738906709_SheikhHasina.jpg)
Bangladesh keluar amaran selepas penunjuk perasaan robohkan rumah bapa Hasina
Kerajaan Bangladesh memberi amaran terhadap tindakan vandalisme selepas sekumpulan penunjuk perasaan yang marah dengan ucapan bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina, merobohkan kediaman bapanya.
![Kes Jahidah: Rosmaini fail rayuan tangguh hukuman penjara Kes Jahidah: Rosmaini fail rayuan tangguh hukuman penjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738904001_TBMahkamah.jpg)
Kes Jahidah: Rosmaini fail rayuan tangguh hukuman penjara
Mahkamah Tinggi menetapkan 25 Februari sebagai keputusan permohonan penangguhan hukuman penjara 10 tahun ke atas Rosmaini yang menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya Jahidah.
![Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738903611_TBMahkamah.jpg)
Guru didakwa amang seksual murid, simpan 180 gambar aniaya kanak-kanak
Seorang guru kaunseling dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak muridnya.
Perjanjian Paris: negara kekal komited walau A.S tarik diri - Ketua Iklim Pbb
Negara-negara di seluruh dunia terus berpegang teguh kepada pelan iklim nasional masing-masing dan berusaha memimpin peralihan tenaga bersih, meskipun Amerika Syarikat merancang untuk keluar daripada Perjanjian Iklim Paris.
Mesir tolak pemindahan rakyat Palestin
Menurut kenyataan kementerian luar mesir, negara itu menentang sekeras-kerasnya kenyataan beberapa anggota kerajaan Israel baru-baru ini mengenai rancangan untuk mengusir rakyat Palestin.
![Polis Kuantan cekup 55 individu terlibat kegiatan along tahun lalu Polis Kuantan cekup 55 individu terlibat kegiatan along tahun lalu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-01/81516356317_AhlongMPK.jpg)
Polis Kuantan cekup 55 individu terlibat kegiatan along tahun lalu
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Noor Yusof Ali berkata daripada jumlah itu, 15 orang telah dihadapkan ke mahkamah.
![Kerajaan akan pantau kadar faedah pinjaman perumahan oleh pemaju - Noh Kerajaan akan pantau kadar faedah pinjaman perumahan oleh pemaju - Noh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/71436750169_NohOmar.jpg)
Kerajaan akan pantau kadar faedah pinjaman perumahan oleh pemaju - Noh
Kadar faedah pinjaman 12 peratus yang menjadi pertikaian sesetengah pihak adalah kadar maksimum yang sudah termaktub dalam Akta Pinjaman Wang.
![Pemberi pinjaman wang berlesen dilarang iklankan syarikat Pemberi pinjaman wang berlesen dilarang iklankan syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/51469494395_PinjamanWangBerlesen.jpg)
Pemberi pinjaman wang berlesen dilarang iklankan syarikat
Syarikat pemberi pinjaman wang berlesen tertakluk kepada peraturan di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Pindaan) 2011 (Akta 400).