Polis menahan lapan anggota 'Geng Jawa' kira-kira 16 jam selepas mereka merompak wang tunai RM30,000 dari sebuah rumah di Taman Kenari di sini Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Kulim Supt Abdullah Arshad berkata kesemua lelaki itu melarikan wang tunai berkenaan selepas memukul mangsa dalam rompakan kira-kira 3.20 pagi.
"Bertindak atas maklumat, sepasukan polis ke tempat kejadian dan menahan seorang suspek manakala suspek lain dapat memboloskan diri," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata polis kemudian menyerbu sebuah rumah kosong di kawasan perumahan sama dan menahan lima suspek kira-kira 3 petang pada hari sama.
Seorang lagi suspek ditahan di sebuah rumah di Taman Merak, Sungai Ular dekat sini kira-kira 6 petang manakala seorang lagi ditahan di Jalan Sultan Abdul Hamid di sini pada 9.45 malam.
"Polis dapat menahan semua anggota kumpulan itu dalam tempoh 16 jam untuk menyelesaikan kes samun berkenaan.
"Polis turut merampas empat bentuk cincin emas, 11 telefon bimbit pelbagai jenis, dua komputer riba, lapan paket plastik lutsinar dipercayai mengandungi dadah jenis syabu seberat 3.79 gram.
"Sebuah kereta Jenis Toyota Vios yang dipercayai disamun di Seberang Jaya, dua bilah parang, sebuah kereta jenis Perodua Viva yang digunakan untuk menyamun serta empat rangkai kunci dan alat kawalan jauh turut dirampas," katanya.
Semua suspek berusia 23 hingga 30 tahun itu direman hingga 2 Nov ini bagi membantu siasatan.
Abdullah berkata kumpulan itu aktif melakukan jenayah sejak beberapa bulan lepas di sekitar daerah ini dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Bernama
Sun Oct 26 2014

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Abdullah Arshad menunjukkan beberapa barangan suspek yang dirampas. - Foto BERNAMA
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Polis Kedah tumpas Geng Azhar aktif curi kereta
Polis Kedah berjaya menumpaskan kumpulan Geng Azhar yang kembali bergiat aktif melakukan jenayah curi kenderaan di sekitar Kulim.

Polis Kulim tumpas 'Geng Jawa' selepas 16 jam merompak
Lapan anggota 'Geng Jawa' itu melarikan wang tunai berkenaan selepas memukul mangsa dalam rompakan kira-kira 3.20 pagi.

Warga Nepal dibunuh memadu kasih dengan isteri orang
Seorang warga Nepal ditemui mati dipercayai akibat ditikam di rumah kekasihnya yang merupakan isteri orang di Taman Bersatu di sini awal pagi tadi.