KAJANG: Polis merampas dadah bernilai kira-kira RM14.15 juta selepas menahan dua lelaki dipercayai keldai dadah yang terlibat dalam sindiket mengedar dadah menggunakan perkhidmatan kurier di Bandar Mahkota Cheras di sini, dua hari lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Khaw Kok Chin berkata dua lelaki berumur 33 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 62.7 kilogram (kg) syabu pada pukul 11 pagi, semasa berada di dalam sebuah kenderaan, selepas pasukan operasi menjalankan risikan selama hampir empat bulan.
Beliau berkata susulan soal siasat, pihak JSJN kemudiannya melakukan satu lagi serbuan pada hari sama ke atas sebuah kondominium mewah yang dipercayai dijadikan stor penyimpanan dadah, dan merampas sejumlah besar dadah pelbagai jenis.
"Dadah yang dirampas terdiri daripada syabu seberat 332.443kg, pil ekstasi 15.7kg, pil erimin 5 seberat 8.1 kg dan 6.07kg serbuk MDMA. Ia dianggarkan boleh digunakan oleh 1.8 juta penagih dadah. Sindiket ini mula aktif sejak pertengahan tahun lepas," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini, hari ini.
Kedua-dua keldai dadah ini bertindak sebagai penjaga stor penyimpanan dadah, sebelum diedarkan di sekitar Lembah Klang menggunakan perkhidmatan kurier, dan mereka diberikan komisen sekitar RM2,000 hingga RM3,000.
Khaw berkata kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kedua-dua suspek direman selama enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan.
"Tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dan JSJN telah menyita sebuah kenderaan yang digunakan sindiket ini, yang dianggarkan bernilai RM38,000," katanya.
Beliau berkata pihak JSJN sedang berusaha mengesan anggota rangkaian sindiket ini yang masih bebas terutama dalang utama, dan orang ramai yang maklumat mengenai sindiket ini diminta menyalurkannya kepada polis dengan menelefon hotline JSJN di talian 012-2087222 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 21 2024
![Polis lumpuh sindiket dadah rekreasi terbesar dalam negara, rampas RM14.15 juta dadah Polis lumpuh sindiket dadah rekreasi terbesar dalam negara, rampas RM14.15 juta dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711002625_TBdadahjpg.jpg)
Kok Chin pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang hari ini. -Bernama
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Polis lumpuh sindiket dadah rekreasi terbesar dalam negara, rampas RM14.15 juta dadah Polis lumpuh sindiket dadah rekreasi terbesar dalam negara, rampas RM14.15 juta dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71711002625_TBdadahjpg.jpg)
Polis lumpuh sindiket dadah rekreasi terbesar dalam negara, rampas RM14.15 juta dadah
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kedua-dua suspek direman selama enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan.
![Siling pusat beli-belah runtuh, tiada kemalangan jiwa dilaporkan Siling pusat beli-belah runtuh, tiada kemalangan jiwa dilaporkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61690881657_TBsilingruntuh.jpg)
Siling pusat beli-belah runtuh, tiada kemalangan jiwa dilaporkan
Suasana gempar seketika apabila siling di sebuah pusat beli-belah dekat Bandar Mahkota Cheras, dekat Cheras runtuh pada Isnin.
![Pencemaran bau: Tapak pelupusan sampah haram di Bandar Mahkota Cheras ditutup Pencemaran bau: Tapak pelupusan sampah haram di Bandar Mahkota Cheras ditutup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/51654177692_tasikbekaskuari.jpg)
Pencemaran bau: Tapak pelupusan sampah haram di Bandar Mahkota Cheras ditutup
Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menutup tapak pelupusan sampah haram yang menjadi punca pencemaran bau busuk di Bandar Mahkota Cheras pada 31 Mei lepas.
![Bayar RM50 dapat 'perkhidmatan tambahan' Bayar RM50 dapat 'perkhidmatan tambahan'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-11/61542452236_ServiceExtra.jpg)
Bayar RM50 dapat 'perkhidmatan tambahan'
Menawarkan 'perkhidmatan tambahan' dengan harga serendah RM50, itu khidmat yang diberikan sebuah premis urut di Bandar Mahkota Cheras.
![Mayat kembung dan berair ditemui di dalam kereta Mayat kembung dan berair ditemui di dalam kereta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/41473251799_jumpamayat.jpg)
Mayat kembung dan berair ditemui di dalam kereta
Mayat seorang lelaki ditemui polis dalam sebuah kereta Proton Wira yang dilaporkan hilang sejak enam bulan lalu.