KUALA LUMPUR: Polis melumpuhkan sindiket pengedaran gula-gula getah dicampur dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.02 juta dalam serbuan berasingan di Cheras dan Seri Kembangan, semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Khaw Kok Chin berkata polis turut menahan dua lelaki tempatan berusia 22 tahun dipercayai terlibat aktiviti menyimpan dan menghantar dadah berkenaan sejak tiga bulan lepas.
Beliau berkata salah seorang suspek berperanan sebagai penjaga stor penyimpanan dadah dan diupah sebanyak RM6,000 sebulan manakala seorang lagi sebagai penghantar dengan upah RM4,500 sebulan.
Menurut Khaw dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Cheras dan kondominium di Seri Kembangan itu, polis menemukan dadah MDMA seberat 165 kilogram (kg), ketamine (9 kg), ekstasi (7.5 kg), pil erimin 5 (4.5 kg), gula-gula getah (3.5 kg), kokain (1.6 kg) dan syabu (0.485 kg).
"Pangsapuri dan kondominium yang dijadikan stor penyimpanan dadah disewa ahli sindiket lain dan kedua-dua suspek tidak mengetahui sewaan atas nama siapa dan berapa kadar sewa dikenakan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata kedua-dua lelaki terbabit direman selama tujuh hari hingga 17 Julai ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Khaw berkata polis turut menyita sebuah kereta yang didaftarkan atas nama individu lain disyaki digunakan untuk aktiviti pengedaran dadah berkenaan.
Dadah yang dirampas katanya dipercayai untuk edaran di pasaran sekitar Lembah Klang serta Utara dan Selatan Semenanjung Malaysia.
Beliau berkata polis percaya terdapat rangkaian sindiket itu masih bebas terutama dalam kalangan pembekal.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai sindiket itu diminta menghubungi polis di talian 012-2087222 bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 11 2024

Polis turut menahan dua lelaki tempatan berusia 22 tahun dipercayai terlibat aktiviti menyimpan dan menghantar dadah berkenaan sejak tiga bulan lepas. - Foto Sinar Harian

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.
Denggi: Peningkatan kes di Filipina pada kadar membimbangkan
Jabatan kesihatan memberi amaran peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu mewujudkan persekitaran pembiakan yang ideal untuk nyamuk, memburukkan lagi keadaan.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas.
Pesawat American Airlines dilencong ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara laut Caspian, dengan diiringi dua pesawat Eurofighter tentera udara Itali bagi memastikan pendaratan selamat.
Pilihan Raya Jerman: Kepimpinan Olaf Scholz disifatkan 'malapetaka'
Ramai berpendapat keputusan pilihan raya pada Ahad memperlihatkan kekuatan parti Christian Democratic Union of Germany (CDU), pimpinan calon canselor, Friedrich Merz, namun tidak kurang juga mendakwa keputusan itu meragukan.
[TERKINI] Roberta Flack, penyanyi lagu 'Killing Me Softly With His Song', meninggal dunia
Pemilik suara emas bagi lagu malar segar, The First Time Ever I Saw Your Face dan Killing Me Softly With His Song, Roberta Flack, meninggal dunia pada pagi Isnin.
Malaysia perluas bantuan ke Baitulmaqdis - Anwar Ibrahim
Anwar berkata bantuan menerusi instrumen wakaf akan dilaksanakan selaras permohonan Imam Masjid Al- AQSA Sheikh Dr Ekrima Sa'id Sabri yang mahu negara ini membantu kemajuan di Baitulmaqdis
17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
17 sekolah tersebut merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah membabitkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
RUU Pindaan Perlembagaan, Perkhidmatan Parlimen dibentang bacaan pertama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang membentangkan RUU itu berkata bacaan kedua bagi kedua-dua RUU berkenaan akan dibuat pada sidang kali ini.

Polis lumpuh sindiket gula-gula getah dicampur dadah
Polis melumpuhkan sindiket pengedaran gula-gula getah dicampur dadah dengan merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM5.02 juta dalam serbuan semalam.