BANGKOK: Polis Malaysia dan Thailand bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dalam usaha membanteras penipuan pekerjaan di luar negara yang membabitkan rakyat kedua-dua negara itu.
Perkara itu diputuskan selepas perbincangan antara Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dan Penolong Ketua Polis Thailand, Leftenan Jeneral Surachate Hakparn di Bangkok pada Jumaat.
Dalam pertemuan itu, Abd Jalil berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Polis Diraja Thailand (RTP) bersetuju berkongsi maklumat dan data bagi mengenal pasti rangkaian jenayah, trend semasa dan modus operandi terkini demi mengelakkan rakyat kedua-dua negara daripada menjadi mangsa penipuan.
"PDRM dan RTP bersetuju supaya maklumat mangsa penipuan pekerjaan disalurkan ke Kementerian Luar dan polis Malaysia," katanya kepada Bernama.
Beliau turut menyarankan agar semua badan bukan kerajaan (NGO) menyalurkan semua maklumat yang diperoleh daripada mangsa atau keluarga mereka kepada PDRM atau Kementerian Luar serta pihak kedutaan supaya tindakan segera dapat diambil.
"Kami berharap waris dan keluarga mangsa (kes penipuan pekerjaan di luar negara) turut mengambil langkah yang sama," katanya.
Selain itu, Abd Jalil berkata PDRM dan RTP akan mengkoordinasi penyiasatan bagi menjejaki dalang utama sindiket penipuan pekerjaan sama ada di Malaysia atau Thailand.
Menurut statistik dan laporan polis, seramai 19 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan pekerjaan masih berada di Thailand.
"Kami telah mendapat lampu hijau untuk membawa pulang lima mangsa rakyat Malaysia yang berjaya diselamatkan oleh pihak Thailand dengan kerjasama Kedutaan Malaysia di Thailand," kata Abd Jalil.
Beliau dimaklumkan bahawa pihak berkuasa Thailand akan membantu membawa pulang 14 lagi warga Malaysia secepat mungkin.
Selain Thailand, PDRM turut menjalin kerjasama erat dengan Polis ASEAN (Aseanapol), Polis Antarabangsa (Interpol) serta pihak berkuasa di China, Kemboja dan Myanmar bagi menangani isu berkenaan, kata Abd Jalil.
PDRM juga akan bekerjasama dengan pihak berkuasa China yang mempunyai kepakaran teknologi dalam usaha mengesan dan menjejaki dalang sindiket terbabit, kata Abd Jalil.
Beliau turut menasihatkan agar rakyat Malaysia dan Thailand membuat semakan dengan pihak berkuasa bagi mengesahkan tawaran pekerjaan yang menjanjikan kadar upah yang tingi.
"Walaupun ia akan mengambil masa sedikit (proses pengesahan) tetapi ia berbaloi kerana anda tidak menjadi mangsa penipuan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 19 2023

Menurut statistik dan laporan polis, seramai 19 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan pekerjaan masih berada di Thailand. - Gambar hiasan/ Bernama
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta. #AWANInews

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang

15 mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar warga Malaysia - Kedutaan
Kesemua rakyat Malaysia termasuk tiga wanita berusia antara 19 hingga 44 tahun berada dalam keadaan sihat, walaupun ada yang masih trauma dan kelihatan keletihan.

Sembilan ditahan dipercayai terbabit penipuan pekerjaan antarabangsa
Polis Melaka menahan sembilan individu termasuk tiga warga China yang dipercayai terlibat dalam sindiket penipuan pekerjaan antarabangsa.

Terpengaruh gaji lumayan, dua sahabat jadi mangsa sindiket penipuan di Kemboja
Dua sahabat yang ditawarkan pekerjaan di kasino dengan gaji RM4,000 sebulan di Kemboja akhirnya menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di negara itu.

Mangsa penipuan pekerjaan di Kemboja kembali ke tanah air
Tujuh rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan pekerjaan dijadual pulang ke tanah air pada Jumaat selepas hampir dua bulan ditahan di pusat tahanan imigresen Kemboja.

Kerajaan tubuh jawatankuasa khas tangani sindiket penipuan kerja
KLN telah memanfaatkan pelbagai platform yang tersedia seperti media sosial, media massa dan hebahan secara fizikal bagi mempertingkatkan kesedaran rakyat Malaysia.

Lelaki terkandas di Myanmar: Polis Johor minta bantuan Bukit Aman, Interpol
Polis Johor akan meminta bantuan Bukit Aman serta Interpol dalam usaha membawa pulang seorang lelaki warga Malaysia yang terkandas di Myanmar.

Anwar rakam penghargaan kepada PM Kemboja bantu bawa pulang warga Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada rakan sejawatannya dari Kemboja Hun Sen atas sokongannya membawa pulang rakyat Malaysia mangsa sindiket penipuan pekerjaan.

Menyoroti perjalanan mangsa penipuan pekerjaan
Artikel ini adalah bahagian pertama laporan bersiri dua bahagian mengenai rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket.

Polis Malaysia, Thailand setuju perkukuh kerjasama banteras penipuan pekerjaan luar negara
Polis Malaysia dan Thailand bersetuju untuk memperkukuh kerjasama dalam usaha membanteras penipuan pekerjaan di luar negara yang membabitkan rakyat kedua-dua negara itu.

Sindiket penipuan pekerjaan: 'Jangan terperdaya tawaran gaji tinggi, kami sengsara 4 bulan' - Mangsa
Orang ramai terutama golongan muda diingatkan supaya berhati-hati dengan tawaran gaji lumayan oleh agensi pekerjaan luar negara bagi mengelakkan menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan.