MELAKA: Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah dengan nilai rampasan terbesar di Melaka tahun ini susulan penahanan tiga lelaki tempatan bersama pelbagai jenis dadah bernilai RM6.94juta dalam dua serbuan berasingan, Sabtu lalu.
Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Melaka bersama Peronda Lebuh Raya (EMPV) serta Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman berjaya memintas kereta jenis Volkswagen Passat di Kilometer 206 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), arah selatan.
"Dalam serbuan kira-kira jam 2.45 petang itu, polis menahan suspek berusia 27 tahun itu selain menemukan dadah jenis syabu seberat 10.39 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM342,943 di tempat duduk belakang dan but kereta terbabit.
"Hasil soal siasat suspek tersebut, dua lagi suspek lelaki berusia 46 dan 51 tahun ditahan pada kira-kira jam 8.30 malam di sebuah rumah di Jinjang, Kuala Lumpur yang dijadikan stor simpanan dadah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di Ayer Keroh, di sini hari ini.
Mengulas lanjut ,Zainol berkata hasil pemeriksaan di rumah terbabit polis telah menemukan pil ekstasi seberat 67kg, pil erimin 5 (103,700 biji) dan 26kg syabu dalam bungkusan teh Cina dengan anggaran keseluruhan bernilai lebih RM6.6 juta.
Beliau berkata hasil siasatan awal juga mendapati sindiket tersebut dipercayai bergiat aktif sejak awal tahun 2022 dan kesemua dadah yang dirampas itu bagi pasaran dalam dan luar negara yang boleh digunakan untuk seramai 508,994 penagih.
"Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas tiga lelaki itu mendapatidua daripadanya positif dadah jenis methamphethamine dan turut rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
"Selain itu polis turut menyita harta yang dirampas daripada suspek tersebut antaranya kereta Volkswagen, wang tunai, barang kemas dan jam tangan mewah dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM177,000," katanya.
Beliau berkata kesemua mereka yang ditahan telah direman selama tujuh hari bermula 19 hingga 25 Nov dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 21 2023
![Polis Melaka tumpas sindiket pengedaran dadah dengan nilai terbesar RM6.94 juta tahun ini Polis Melaka tumpas sindiket pengedaran dadah dengan nilai terbesar RM6.94 juta tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700574836_TBMELAKADADAH.jpg)
Zainol berkata hasil siasatan awal juga mendapati sindiket tersebut dipercayai bergiat aktif sejak awal tahun 2022. - Gambar FB Polis Melaka
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![UK bakal mulakan ujian saringan kanser payudara guna AI UK bakal mulakan ujian saringan kanser payudara guna AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738669464_kanserpayudara.jpg)
UK bakal mulakan ujian saringan kanser payudara guna AI
Ujian saringan kanser payudara menggunakan AI bertujuan mempercepat diagnosis dan mengurangkan tekanan kepada pakar radiologi.
![Polis tahan lelaki disyaki terlibat tiga kes pecah rumah Polis tahan lelaki disyaki terlibat tiga kes pecah rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737647179_HattaCheDin.jpg)
Polis tahan lelaki disyaki terlibat tiga kes pecah rumah
Polis menahan seorang lelaki warga tempatan dipercayai terlibat tiga kes pecah rumah sekitar daerah ini semalam.
![Geng Atan tumpas, empat ahli ditahan Geng Atan tumpas, empat ahli ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61727156801_TBMKumar.jpg)
Geng Atan tumpas, empat ahli ditahan
Polis berjaya menumpaskan 'Geng Atan' yang aktif dalam kegiatan pecah rumah dan curi kenderaan dengan penahanan empat lelaki tempatan dalam tiga serbuan berasingan.
![Anggota polis wanita positif dadah, ditahan berhibur sambut tahun baharu Anggota polis wanita positif dadah, ditahan berhibur sambut tahun baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61727937490_MohamadLazimIsmail.jpg)
Anggota polis wanita positif dadah, ditahan berhibur sambut tahun baharu
Seorang anggota polis wanita ditahan ketika berhibur di sebuah pusat hiburan dalam satu operasi khas Ops Hiburan sempena sambutan Ambang Tahun Baharu di Jalan Tun Razak, awal pagi Rabu.
![Kes ganja: Reman pelawak dilanjut empat hari, rujuk pejabat pendakwaan Kes ganja: Reman pelawak dilanjut empat hari, rujuk pejabat pendakwaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734238090_AsistenKomisionerN.jpg)
Kes ganja: Reman pelawak dilanjut empat hari, rujuk pejabat pendakwaan
Lanjutan sehingga Sabtu itu dikeluarkan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan di Mahkamah Majistret Teluk Datok di Banting.
![Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71730898224_TBRuslinJusoh.jpg)
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
![60 pengunjung pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail ditahan positif dadah 60 pengunjung pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail ditahan positif dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71714382127_DatukKhawKokChin.jpg)
60 pengunjung pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail ditahan positif dadah
Polis menahan 60 individu termasuk empat warga asing yang berusia 20 hingga 42 tahun kerana positif dadah dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, pada Sabtu lalu.
![Warga asing ditahan kerana pukul pemandu e-panggilan selepas ditegur akibat muntah Warga asing ditahan kerana pukul pemandu e-panggilan selepas ditegur akibat muntah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696154036_MohdAzamIsmailKe.jpg)
Warga asing ditahan kerana pukul pemandu e-panggilan selepas ditegur akibat muntah
Dua warga asing ditahan kerana disyaki memukul seorang pemandu e-panggilan selepas ditegur kerana termuntah di dalam kereta yang dinaiki mereka, dalam kejadian di Kampung Cheras Baru.
![Tiga lelaki ditahan disyaki dera kanak-kanak Tiga lelaki ditahan disyaki dera kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728399292_MaslanUdin.jpg)
Tiga lelaki ditahan disyaki dera kanak-kanak
Polis menahan tiga lelaki bagi membantu siasatan terhadap kes penderaan seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di sebuah rumah di Batu 4, Port Dickson, dekat sini.
![AADK guna 11 alat saringan dan penilaian AADK guna 11 alat saringan dan penilaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718941042_AADK.jpg)
AADK guna 11 alat saringan dan penilaian
AADK menggunakan 11 alat saringan dan penilaian bagi menilai seseorang penagih atau penyalah guna dadah dan bahan terlarang justeru tidak tertumpu pada saringan air kencing semata-mata.