SEREMBAN: Polis mengesahkan membawa salah seorang suspek bagi mengesan bukti baharu yang dipercayai terkait dengan kes mayat seorang wanita dalam gaung, pada 20 Mac di Kilometer 14, Jalan Lama Bukit Putus Seremban-Kuala Pilah itu.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan Senior Asisten Komisioner Datuk Che Zakaria Othman berkata operasi pencarian masih dijalankan di kawasan belukar berhampiran tangki milik Pengurusan Air Berhad, di Taman Bukit Zamrud di sini hari ini.
"Hari ini polis ada membawa salah seorang suspek, siasatan masih berjalan. Kita harap kita dapat sesuatu, kami tengah berusaha mencari," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya turut terlibat adalah unit forensik polis dan pasukan patalogi Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) dalam siasatan yang dijalankan sekitar 4.30 petang tadi.
Beliau berkata butiran lanjut siasatan hari ini akan dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof.
Tinjauan Bernama mendapati, unit K9 turut membantu siasatan kes.
Pada 20 Mac lepas, mayat wanita tanpa identiti itu ditemukan dalam keadaan tertiarap, dan laporan bedah siasat mayat itu telah dihantar ke Jabatan Kimia bagi pengesahan punca kematian.
Susulan itu polis menahan dua lelaki masing-masing berumur 41 dan 44 tahun, serta seorang wanita berumur 18 tahun direman, bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Baru-baru ini, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Mohamad Mat Yusop berkata mayat itu dipercayai ditinggalkan di lokasi terbabit, bagi menyorokkan kematiannya dan kesalahan itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 28 2022

Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan Senior Asisten Komisioner Datuk Che Zakaria Othman berkata operasi pencarian masih dijalankan di kawasan belukar berhampiran tangki milik Pengurusan Air Berhad, di Taman Bukit Zamrud hari ini. - Gambar fail
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Polis bongkar makmal haram proses cecair vape mengandungi dadah di Seri Kembangan
Tujuh suspek termasuk lima lelaki warga asing ditahan dalam serbuan melibatkan JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri.

Datuk rugi RM26.6 juta ditipu skim pelaburan kripto
Lelaki berusia 74 tahun itu tertarik dengan iklan pelaburan tersebut selepas membuat carian di Google.

Polis bongkar taktik sindiket sembunyi dadah dalam but kereta
Dalam serbuan pertama di parkir sebuah kondominium, polis merampas 4.12 kilogram (kg) dadah yang disembunyikan dalam ruangan but kereta.

25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Seramai 25 individu, termasuk tiga anggota sukarelawan, cedera dalam kejadian letupan bom motosikal di hadapan Pos Kawalan Keselamatan Sukarelawan Pertahanan Weng, petang semalam.

Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.

Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ
Risikan awal mendapati ketika kejadian suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.

Pengurus rugi RM2.56 juta ditipu pelaburan kripto tidak wujud
Mangsa berusia 42 tahun mula menyertai pelaburan berkenaan sejak Julai tahun lepas setelah melihat iklan di Facebook.

Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.

Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai
Kertas siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Cubaan curi dalam pesawat, lelaki warga asing ditahan
Polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 52 tahun kerana disyaki terlibat dalam cubaan mencuri di dalam pesawat, semalam.