JOHOR BAHRU: Polis Johor menafikan berlakunya kejadian penculikan, pembunuhan dan pengambilan organ dalaman kanak- kanak seperti audio yang tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp.
Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, hasil semakan mendapati audio yang ditularkan itu merupakan audio lama yang tidak benar.
Katanya, audio berkenaan juga telah ditularkan pada tahun 2019 mendakwa berlaku kejadian penculikan, pembunuhan serta pengambilan organ dalaman kanak-kanak Kahang, Mersing, Kluang dan Masai.
"Polis Johor mengesahkan kejadian tersebut tidak pernah berlaku. Penyebaran audio itu dilihat sebagai satu cubaan untuk menimbulkan ketakutan dan kebimbangan orang ramai.
"Perbuatan menyebar dan membuat spekulasi palsu adalah menyalahi undang-undang dan boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Kamarul Zaman berkata, mereka yang didapati bersalah boleh dihukum penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya dakwaan yang diperoleh daripada sumber yang tidak sah dan menggunakan maklumat palsu.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu Mar 17 2022

Polis Johor mengesahkan kejadian tersebut tidak pernah berlaku.

ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia huni tangga kelima Asia Timur, ke-10 seluruh Asia
Kemenangan tempoh hari membenarkan mereka menjadi tunjang buat negara Malaysia untuk mempamerkan peningkatan di pentas Asia.

Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Penahanan dilakukan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Serdang selepas menerima aduan orang awam.

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Polis nafi audio tular berlaku kes culik, bunuh, pengambilan organ
Hasil semakan mendapati audio yang ditularkan itu merupakan audio lama yang tidak benar.

Tun Zaki nafi audio tegur Dr Noor Hisham adalah dirinya
Tun Zaki Azmi menegaskan audio seorang individu menegur Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang tular di media sosial bukan dirinya.

Audio tular: Tun Faisal ajak Zahid Hamidi bersumpah untuk bersihkan nama
Tun Faisal terpalit dengan tuduhan menjadi individu terlibat merakam atau mencipta audio yang tular itu.

Rakaman audio: Adakan pemilihan parti, sekarang! - Khairy
Penyebaran audio mirip suara Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuatkan ahli parti berasa kurang selesa.

Audio mirip Zahid-Anwar: Adakah konspirasi peringkat tertinggi, soal Puad Zarkashi
Mohd Puad turut menyatakan skandal merakam perbualan peribadi terutama melibatkan lawan politik ialah "hari hitam" kepada demokrasi di Malaysia.

Lembaga Disiplin UMNO kena siasat audio mirip Zahid-Anwar
Zakaria mengakui sudah mendengar rakaman audio berkenaan dan tidak pasti sama ada ia tulen atau diada-adakan bagi tujuan tidak baik.

Mahkamah terima audio "Can I advise you on something" sebagai bukti
Rakaman audio "Can I advise you on something" diterima untuk menjadi bukti dalam pertuduhan rasuah membabitkan Datin Seri Rosmah Mansor.

Parlimen: Cadangan pinda elak lompat parti, isu audio curi tumpuan minggu kedua
Perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong yang diteruskan Isnin lepas sehingga semalam mencatat seramai 78 Ahli Parlimen selesai berbahas.

Dakwaan amalan benarkan Ahli Parlimen mainkan audio dalam Dewan tidak benar - Takiyuddin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan berkata semakan dalam rekod Parlimen menunjukkan tidak ada perkara sebagaimana dinyatakan Ahli Parlimen DAP itu.

'Saya janji letak jawatan ... tentukan orang baharu dapat majoriti' - Dakwa suara mirip Tun M dalam pendedahan terbaharu rakaman audio
Rakaman tersebut mendedahkan apa yang disebut selama ini oleh Dr Mahathir dan beberapa pimpinan Bersatu bahawa bekas perdana menteri itu meminta agar tidak mendesak beliau memungkiri janji.