KUALA LUMPUR: Polis menafikan bahawa pihaknya telah memaksa sepasang kekasih yang mendakwa disamun di Bangsar menarik semula laporan seperti yang tular melalui satu ciapan di laman Twitter hari ini.
Apa yang berlaku adalah pengadu telah membuat laporan palsu berkaitan insiden disamun.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata pada 4.15 petang semalam, seorang lelaki warga Pakistan berumur 22 tahun telah membuat laporan mendakwa disamun oleh sekumpulan lelaki warga tempatan.
"Kejadian (didakwa) berlaku kira-kira 2 pagi (hari yang sama) semasa pengadu sedang merokok di Jalan Telawi 3, Bangsar.
"Pengadu mendakwa sekumpulan lelaki tersebut meminta wang dan memukulnya di bahagian muka lalu mengambil barangan peribadi berupa sebentuk cincin perak, rantai leher emas, telefon bimbit jenis i-phone dan wang tunai. Anggaran kerugian lebih kurang RM6,000," menurutnya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata bertindak atas maklumat, semakan melalui rakaman litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian hari ini mendapati tiada sebarang kejadian samun atau pertengkaran seperti yang dinyatakan pengadu dalam laporan polis.
Amihizam berkata rakaman CCTV juga menunjukkan pengadu bersama-sama dua wanita sedang menyeberang jalan dari hadapan Hong Leong Bank di Jalan Telawi ke tempat letak kereta dalam keadaan tenang dan tidak tergesa-gesa.
"Keterangan awal pengadu kepada pihak polis pula didapati ada keraguan dan tidak konsisten. Berdasarkan keterangan saksi, wujud kehadiran polis menyuraikan beberapa pelanggan yang menjerit kerana mabuk di kelab yang dikunjungi oleh pengadu pada hari kejadian.
"Namun CCTV tidak memaparkan sebarang kejadian samun atau pertengkaran yang melibatkan pengadu dan teman wanitanya di lokasi kejadian. Polis mendapati pengadu telah membuat laporan polis palsu dan kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya dengan cadangan tuduh pengadu di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan," katanya.
Beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat laporan polis palsu kerana boleh dikenakan hukuman maksimum penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
"Kenyataan mengenai layanan pihak polis ke atas pengadu serta dakwaan polis minta pengadu tarik semula laporan polis yang dibuat adalah tidak benar. Spekulasi berkaitan kenyataan yang tular di laman Twitter ini hendaklah dihentikan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 08 2022

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata pada 4.15 petang semalam, seorang lelaki warga Pakistan berumur 22 tahun telah membuat laporan mendakwa disamun oleh sekumpulan lelaki warga tempatan. - Gambar fail/BERNAMA

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Polis nafi dakwaan gagal siasat kes dokumen palsu hak milik tanah di Kedah
Polis menyifatkan dakwaan yang disebarkan melalui akaun TikTok 'Abuismailabuyaziz' itu adalah tidak benar dan berniat jahat.

Polis nafi dakwaan enggan terima laporan remaja perempuan hilang
Polis hari ini menafikan dakwaan yang tular di media sosial konon pihaknya enggan menerima laporan tentang seorang remaja perempuan yang disangkakan hilang sebelum ditemukan selamat.

Polis nafi OKT lolos dari Mahkamah Butterworth
Tiada Orang Kena Tahan (OKT) berhubung kes dadah yang meloloskan diri dari Mahkamah Butterworth seperti tular di media sosial hari ini.

Polis nafi bot karam di Pulau Pangkor
Polis menafikan berlakunya kejadian bot pelancong karam di pusat peranginan Pulau Pangkor, seperti yang tular di media sosial dan aplikasi WhatsApp.

Polis nafi berlaku kes cubaan culik remaja di Bukit Tiram
Polis hari ini menafikan berlakunya kes cubaan menculik seorang remaja lelaki berusia 13 tahun di Bukit Tiram pada 3 Jun lepas sebagaimana yang tular di media sosial.

Polis nafi penahanan lelaki di RCP Sapi Nangoh berkait penculikan
Polis malam ini menafikan rakaman video yang tular melibatkan pemeriksaan pihaknya ke atas sebuah kenderaan di pusat pemeriksaan darat (RCP) Sapi Nangohadalah berkaitan kes penculikan.

Polis nafi tidak boleh buat laporan, pondok polis sudah ditutup
Polis menafikan dakwaan seorang lelaki bahawa terdapat mangsa kemalangan di Bukit Damansara tidak dibenarkan membuat laporan polis di sebuah balai di situ.

Kes culik kanak-kanak di Kelantan makin menjadi-jadi? Ini penjelasan polis
Polis memohon kerjasama rakyat Kelantan khususnya netizen supaya menghentikan perbuatan menyebar dakwaan kes culik sehingga menimbulkan ketakutan dalam masyarakat.

Kanak-kanak buat laporan palsu diculik kerana takut dimarah keluarga
Polis menafikan dakwaan kejadian culik pelajar sekolah di Taman Angsana di sini, dan menjelaskan kanak-kanak itu membuat laporan palsu disebabkan takut dimarahi keluarga kerana pulang lewat ke rumah.

Tiada kejadian rompakan di Genting Highlands - Polis
Polis mengesahkan tiada kejadian rompakan di Genting Highlands, Bentong seperti yang tular di media sosial, hari ini.