BUKIT MERTAJAM: Polis menafikan dakwaan terdapat seorang lelaki warga emas di sekitar Seberang Jaya dekat sini, yang dikatakan berkelakuan tidak senonoh dan mencabul kanak-kanak perempuan, seperti yang ditularkan di media sosial sejak semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Tan Cheng San berkata polis telah menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu termasuk merekodkan keterangan ibu kepada kanak-kanak berkenaan.
Katanya wanita itu menafikan dakwaan sebagaimana yang ditularkan di media sosial semalam, sebaliknya mengaku bahawa lelaki dalam gambar yang ditularkan itu adalah jirannya, malah telah dianggap seperti ahli keluarga sendiri.
Beliau berkata polis turut menerima dua laporan yang dibuat oleh warga emas berumur 80 tahun itu bagi menafikan dakwaan, dan siasatan lanjut mengenainya telah dijalankan, termasuk merekodkan keterangan jiran lelaki itu.
"Lelaki serta kanak-kanak itu tinggal di kawasan perumahan yang sama dan saksi mengesahkan bahawa warga emas itu telah nyanyuk di samping tidak boleh berkomunikasi dengan baik," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sejak semalam, tular satu hantaran bersama beberapa keping gambar di laman sosial Facebook yang meminta orang ramai berhati-hati dengan seorang lelaki warga emas, kononnya berkelakuan tidak senonoh dan mencabul kanak-kanak perempuan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 16 2022

Polis telah menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu termasuk merekodkan keterangan ibu kepada kanak-kanak berkenaan.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Lelaki warga emas maut dalam kebakaran di Klang
Seorang lelaki warga emas maut manakala adiknya terselamat dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah Kelas C, di Jalan Kereta Api Lama Batu 9, Klang, Selangor malam tadi.

Mayat warga emas ditemui dengan kesan kebakaran
Terdapat kesan kebakaran pada kain yang menutupi mayat mangsa yang dikenali sebagai Kan Kok Chong, 64.

Lelaki warga emas belanja orang ramai kerana Anwar PM
Seorang lelaki warga emas yang gembira dan teruja dengan pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 mengambil peluang membelanja orang ramai di beberapa restoran dan kedai kopi

Polis nafi kejadian lelaki warga emas cabul kanak-kanak perempuan
Polis telah menjalankan siasatan berhubung dakwaan itu termasuk merekodkan keterangan ibu kepada kanak-kanak berkenaan.

Lelaki warga emas rentung dalam kebakaran di kebun jambu
Seorang lelaki warga emas ditemui rentung dalam kebakaran sebuah pondok di dalam kebun jambu batu di Tambun, dekat sini, hari ini.

Pandu lawan arus di LKSA, warga emas ditahan
Seorang lelaki warga emas ditahan selepas memandu melawan arus sehingga menyebabkan dua kemalangan di Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA) di sini pada petang tadi.

Lelaki warga emas dikhuatiri lemas di kunci air
Seorang lelaki warga emas dikhuatiri lemas di kunci air Headwork Parit 12 dekat sini, lewat petang tadi.

Lelaki warga emas ditemui meninggal dunia, terkunci dalam rumah
Seorang lelaki warga emas, Zulkifle Kassim, 66, di Jalan Lumpur, dekat Alor Setar ditemui mati dan terkunci di dalam rumahnya.

Dua hari tak kelihatan, rupanya sudah meninggal dunia dalam rumah
Seorang lelaki warga emas yang tidak kelihatan oleh jiran tetangga selama dua hari ditemui meninggal dunia di dalam rumahnya di Taman Golden Dragon, di sini pada Ahad.

Lelaki 71 tahun dicabul lelaki warga emas 64 tahun
Seorang penjual ubat tergamak mencabul seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun dalam kejadian di Simpang di sini minggu lalu.