Polis menafikan dakwaan kejadian rogol membabitkan seorang wanita tempatan dan lelaki warga Pakistan di kawasan Gum-Gum, Batu 16, Sandakan, yang viral melalui WhatsApp.
Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Mohd Azhar Hamin berkata, kejadian sebenar berlaku pada pukul 10 pagi Rabu.
"Ketika itu mereka datang ke Balai Polis Sandakan. Seorang wanita tempatan mendakwa diganggu seorang lelaki Pakistan dan lelaki itu pula mendakwa diserang ahli keluarga wanita terbabit.
"Hasil siastatan awal, lelaki Pakistan itu sering membeli epal di tempat wanita itu dan menjelingnya sejak sebulan lalu sehingga dia tidak selesa.
"Wanita itu menceritakan kepada keluarganya. Ahli keluarganya bertemu lelaki terbabit pada Rabu dan berlaku pertelingkahan mulut," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Menurut Mohd Azhar, mereka kemudian pergi ke sebuah pejabat agensi kerajaan sebelum datang ke Balai Polis Sandakan.
"Kedua-duanya bersetuju selesaikan hal itu secara baik kerana tiada berlaku sebarang sentuhan.
"Tetapi, salah faham timbul apabila ada seorang pekerja daripada pejabat terbabit memviralkan gambar berkenaan," katanya.
Justeru katanya, pihak polis menafikan dakwaan kes rogol tersebut.
Terdahulu, dua gambar, dua pesanan suara dan satu video berdurasi empat saat viral melalui WhatsApp konon berlaku kes rogol pada petang Rabu.
Radhi Muslim
Thu Apr 04 2019
Antara imej lelaki warga Pakistan yang diviralkan melalui aplikasi WhatsApp sejak semalam.
ACC: BG Pathum United sekat impian Terengganu ke separuh akhir
Kekalahan itu sekali gus melenyapkan impian anak buah Badrul Afzan Razali untuk ke pusingan kalah mati selepas jatuh ke kedudukan keempat.
Banjir: Laluan Tapak Warisan Dunia Gua Niah tenggelam, Taman Negara Gunung Gading dilanda kepala air
Menurut Pengurus Besar SFC Abang Arabi Abang Aimran, pejabat Taman Negara Niah sendiri turut ditenggelami air.
Wanita maut dalam kebakaran rumah di flat Jalan Sentul
Pihak JBPM Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 12.38 tengah malam menerusi talian MERS999.
MotoGP: 'Martinator' patah tangan dan kaki - Ujian Sepang
Pelumba Aprilia Racing itu disahkan mengalami kecederaan patah tangan kanan dan patah kaki kiri.
Pilihan yang menunggu pesakit kanser menjelang pertengahan usia
Pakar onkolgi berkata, amnya pemeriksaan mamogram dapat mengesan kanser payudara di peringkat awal, namun kanser ovari sukar dikesan.
Indonesia tolak sebarang cubaan pindahkan penduduk Palestin secara paksa
Kementerian itu menegaskan, tindakan sedemikian menghalang realisasi penubuhan Negara Palestin yang bebas dan berdaulat seperti diimpikan.
K9 bantu kesan pemuda dikhuatiri lemas
Dua anjing pengesan itu dibawa untuk mengesan mangsa, Ahmad Khairul Nizam Sudin, 22, dengan kaedah pencarian di tebing dan sungai.
Dasar baharu Trump 2.0 jadi tumpuan perbahasan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan membangkitkan kebimbangan terhadap tindakan Trump yang dilihat boleh mencetuskan perang perdagangan global.
Bincang isu iklim secara menyeluruh, bukan berasingan
Pengarah Pusat Pencegahan dan Kesiapsiagaan Bencana (DPPC), UTM, Dr Khamarrul Azahari Razak berkata, ini kerana krisis iklim memberi impak besar kepada pelbagai sektor antaranya seperti pertanian, perikanan dan penternakan.
Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata ketiga-tiga suspek lelaki berusia 61, 52 dan 50 tahun itu ditahan pada 3 Feb lepas.
Pemuda diliwat ketika minta kerja, lelaki Pakistan direman
Pemuda diliwat ketika minta kerja, warga Pakistan direman
Lelaki Pakistan kekal dipenjara 12 tahun, 5 sebatan rogol budak dilacur bapa
Seorang lelaki warga Pakistan kekal dihukum penjara 12 tahun berhubung kes merogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, yang dilacurkan bapanya.
Pembantu kedai ditahan lakukan amang seksual terhadap remaja perempuan
Polis memberkas seorang lelaki warga Pakistan yang dipercayai melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah premis di Kampung Pandan, pada Isnin.
Warga Pakistan buat laporan polis dakwa dipukul
Dua lelaki dikatakan meminta telefon bimbitnya dan telah bertindak memukul mangsa beberapa kali menggunakan sebatang kayu.
Polis nafi kes rogol yang viral di WhatsApp
Polis menafikan dakwaan ada seorang wanita Sandakan dirogol oleh seorang lelaki warga Pakistan yang tular di WhatsApp sejak semalam.