Polis menafikan kejadian letupan bom di Bukit Bintang hari ini mempunyai kaitan dengan militan Negara Islam (IS), Sebaliknya kejadian itu berpunca daripada aktiviti kumpulan gangster.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajuddin Md Isa berkata kejadian itu dipercayai berpunca perebutan kawasan perniagaan antara kumpulan kongsi gelap.
"Fokus siasatan masih lagi awal, namun ia dipercayai lebih kepada kumpulan kongsi gelap yang cuba merebut kawasan dan berkaitan dengan bisnes. "Pihak polis juga memberi jaminan secara keseluruhan kawasan ini telah selamat," katanya kepada pemberita ketika melawat tempat kejadian.
Seorang joki kereta maut dan 12 lagi cedera termasuk pelancong asing dalam serangan bom tangan yang dipercayai melibatkan perebutan kawasan kumpulan kongsi gelap, di hadapan sebuah kelab malam, Sun Complex pada pukul 4.20 pagi.
Ia dipercayai kejadian serangan bom pertama di pusat hiburan di negara ini.
Pekerja joki itu ialah Tiong Kwong Yie, 36.
Tajuddin berkata orang ramai tidak perlu bimbang dengan tahap keselamatan di kawasan berkenaan dan boleh menjalankan aktiviti seperti biasa.
"Polis akan mempertingkatkan tahap keselamatan terjamin dengan membuat rondaan secara kerap di sini," katanya.
Pada masa sama, beliau menyeru supaya orang ramai jangan mudah percaya tentang berita yang mengatakan terdapat lapan butir bom di sekitar sini.
"Hanya dua butir bom sahaja setakat ini. Seperti laporan dalam media sosial sebelum ini ada lapan, jangan percaya," katanya.
Tajuddin berkata sekiranya orang ramai mahu mendapatkan keterangan lanjut berhubung kes itu, mereka boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Dang Wangi.
Sementara itu, jurucakap Hospital Kuala Lumpur (HKL) berkata tiga daripada 11 mangsa letupan yang dirawat di HKL telah dipindahkan ke Hospital Ampang dan dua lagi masih dirawat di Hospital Gleneagles.
Sehingga kini katanya, mangsa yang cedera merupakan enam rakyat tempatan, seorang lelaki Thailand, seorang lelaki Singapura dan empat wanita (China).
Bernama
Thu Oct 09 2014
Tajuddin berkata kejadian itu dipercayai berpunca perebutan kawasan perniagaan antara kumpulan kongsi gelap. - Foto Fail
7 maut, lebih 400 cedera dalam sukan jinakkan lembu di Tamil Nadu, India
Sekurang-kurangnya tujuh orang maut manakala lebih 400 lagi cedera akibat serangan lembu semasa acara sukan jinakkan lembu jantan di selatan India.
YSIJ sumbang 105 televisyen pintar kepada sekolah di Johor
Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbangkan 105 televisyen pintar (Smart TV) kepada sekolah-sekolah terpilih di negeri Johor.
Pos Malaysia buka Pos Shop ke-50 di Pulau Pinang
Kedai Pos Shop ke-50 di Jalan Dato Keramat, George Town menawarkan kemudahan runcit yang komprehensif melangkaui perkhidmatan tradisinya.
Lebih 400 pegawai, anggota polis ditugaskan pastikan Pemukimam AMM berjalan lancar
Kesemua mereka terdiri daripada polis trafik, polis tugasan am, Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU).
Bangkok laksanakan langkah bekerja dari rumah berikutan ramalan kemerosotan kualiti udara
Ramalan cuaca menunjukkan sekurang-kurangnya 35 daerah di Bangkok berpotensi alami peningkatan tahap PM2.5.
Remaja perempuan hilang sejak Rabu
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan hilang di Semenyih, Selangor sejak Rabu lalu.
KDNK China tumbuh 5 peratus pada 2024, tepati unjuran
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat pertumbuhan sebanyak lima peratus pada 2024, sejajar dengan unjuran.
KKM perkenal dasar, program pencegahan kesihatan paru-paru
Inisiatif itu merupakan langkah penting dalam menangani risiko penyakit berkaitan paru-paru yang berkait rapat dengan tempat kerja.
Tumpuan Sabtu – 18 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (17 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Letupan di stesen kereta api: Malaysia teguh bersama perjuangan Pakistan tangani keganasan - Anwar
Bagi pihak Malaysia, Anwar mengucapkan takziah kepada rakyat Pakistan yang berkabung atas kehilangan yang disifatkannya tidak masuk akal dan menyedihkan.
AS minta penjelasan Israel berhubung serangan udara mengerikan di blok kediaman utara Gaza
Jabatan Negara AS mengatakan ia amat bimbang dengan perkembangan itu tetapi masih belum mendapat respons lengkap.
Diplomat termasuk wakil Indonesia, terselamat dalam serangan bom di Pakistan
Kuasa Usaha Kedutaan Besar Indonesia di Islamabad, Rahmat Hindiarta disahkan selamat selepas kejadian di jalan menuju ke Malam Jabba itu.
Pejabat penjaga haiwan perhutanan Narathiwat diserang, suspek larikan senjata api
Dalam kejadian pada 6.30 petang itu, lebih 10 lelaki bersenjata menyerang pejabat itu dengan sasaran utama adalah senjata api.
Serangan ngeri terhadap Lubnan, Israel melampaui garis merah
Selepas serangan udara Israel yang membunuh seorang komander utama Hizbullah dan beberapa figura senior dalam gerakan Lubnan pada Jumaat.
28 orang termasuk 5 orang awam, 10 askar, terbunuh dalam tempoh 24 jam di Pakistan
Tentera menuding jari kepada kumpulan Hafiz Gul Bahadur dari Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) yang diharamkan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jet pejuang rejim Israel serang utara Gaza
Dalam satu serbuan, rejim Israel mendakwa menemui tapak penyimpanan senjata dengan puluhan roket dan senjata api disimpan di sebuah sekolah.
Dua warga Malaysia cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Mangsa wanita berusia 38 dan 31 tahun dari Tumpat, Kelantan itu mengalami kecederaan ringan susulan letupan bom pada 9.35 malam pada Isnin.
Serangan bakar jahat di tiga wilayah selatan Thailand
Sekurang-kurangnya 30 serangan termasuk bom dan bakar jahat dilaporkan di tiga wilayah selatan awal pada pagi Jumaat.