IPOH: Polis Perak merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM126 juta bagi tempoh Januari hingga September tahun ini, kata Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri.
Beliau berkata jumlah itu meningkat berbanding keseluruhan rampasan sebanyak RM40 juta yang dicatatkan sepanjang tahun lepas.
"Sebanyak 5,040 daripada 5,204 kertas siasatan telah dituduh. Seramai 1,868 orang telah diambil tindakan berkaitan pembanterasan ke arah pengurangan bekalan dadah selain 4,884 orang pula diambil tindakan berkaitan pemilikan dadah.
"Turut diambil tindakan, seramai 3,200 orang berkaitan urin positif di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya ketika ditemui pada program pelupusan barang kes Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.
Menurutnya, Polis Perak juga melupuskan pelbagai jenis dadah antaranya heroin, ganja dan syabu yang dianggarkan berjumlah kira-kira RM4.7 juta membabitkan 4,845 kertas siasatan yang sudah selesai perbicaraan sejak 2003 hingga tahun ini.
"Sebanyak 15 daerah terlibat dengan pelupusan dadah pada tahun ini iaitu Ipoh, Taiping, Manjung, Hilir Perak, Tapah, Kuala Kangsar, Batu Gajah, Sungai Siput, Muallim, Kampar, Gerik, Kerian, Pengkalan Hulu, Selama dan Perak Tengah," katanya.
Dalam pada itu, Mohd Yusri berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian seorang lelaki dipercayai akibat pergaduhan berkaitan baja di Bagan Tiang, Tanjung Piandang, pada Isnin lepas adalah kerana kecederaan tulang belulang dipercayai hentakan objek tumpul selain jantung tersumbat.
"Siasatan masih lagi dijalankan sebelum kertas siasatan dilengkapkan," katanya.
Dilapor, seorang lelaki dikatakan rebah secara tiba-tiba dan tidak sedarkan diri berdekatan motosikal miliknya selepas insiden pergaduhan bersama suspek berumur 40 tahun, yang kini ditahan reman hingga Isnin depan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 28 2022

Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata jumlah itu meningkat berbanding keseluruhan rampasan sebanyak RM40 juta yang dicatatkan sepanjang tahun lepas. - Bernama

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Polis bongkar makmal haram, rampas dadah RM5.5 juta
Polis membongkar makmal memproses dadah dan merampas 79 kilogram pelbagai jenis bahan terlarang itu yang dianggarkan bernilai lebih RM5.5 juta dalam dua serbuan di Manjung, pada Sabtu.

Polis Perak rampas RM126 juta pelbagai jenis dadah setakat September
Jumlah itu meningkat berbanding keseluruhan rampasan sebanyak RM40 juta yang dicatatkan sepanjang tahun lepas.

Polis minta bantuan kenal pasti mayat reput ditemui berhampiran lokasi kemalangan
Identiti mayat reput yang ditemui polis ketika menjalankan siasatan mengenai kemalangan jalan raya di Pekan Tambun di sini, pagi tadi, belum dikenal pasti.

4 dikompaun langgar SOP Thaipusam di Perak, polis gesa tingkat pematuhan
Empat kompaun dikeluarkan atas kesalahan berkenaan, membabitkan kegagalan memakai pelitup muka dan membawa kanak-kanak ketika upacara perarakan.

Dadah: Polis Perak perhebat operasi, 41 sarang penagihan dihapuskan tahun ini
Sarang penagihan dadah telah dikenal pasti terbahagi kepada pelbagai lokasi antaranya di sekitar kawasan perumahan dan ladang kelapa sawit.

Polis Perak rampas dadah RM13.7 juta, sita harta RM3.7 juta
Polis Perak berjaya merampas dadah yang dianggarkan bernilai RM13.7 juta dalam operasi di seluruh negeri ini bagi tempoh Januari hingga 12 Jun lalu.

Ops Kesan: Belum ada petunjuk baharu jejak Acap
Operasi yang bermula seawal 7 pagi itu berakhir sekitar jam 2 petang dengan kekuatan lebih 200 anggota dan pegawai polis.

Polis Perak minta orang ramai jangan bayar kepada 'ulat parkir'
Orang ramai sebaliknya perlu melaporkan aktiviti itu kepada pihak berkuasa secepat mungkin untuk diambil tindakan.

Cadangan pasang AES dekat Terowong Menora
Dengan adanya AES diharap orang ramai akan memandu mengikut had laju yang dibenarkan.